Sunday, December 13, 2009

kesekiannya lagi...

 Dec 3, '09 11:27 AM



for everyone


:: Bismillahirahmanirrahim ::






sekali lagi buat yang sekian kalinya..


sahabat yang ini sudah lama sepi dan menyepi..


kembali menyapa ..


seperti biasa..aku yang memahaminya..


dikongsikannya kembali soal hatinya...






Permasalahan yang dari dahulu memburu dirinya...






Ya Allah, tenangkanlah hati sahabatku ini...


Isikanlah piala hatinya dengan cahaya cintaMu..


teguhkanlah hatinya dalam ujian Mu yang bertalu-talu ini pada dirinya..






dengarkanlah...






pertamanya..lafazkanlah syukur atas rahmat ujian ini..


Allah sayang kamu!






sahabat,


sebagaimana yang pernah kita kongsikan,


kita pernah bicarakan


dan aku amat faham apa yang kau rasakan..






sahabat, disinilah mujahadahmu... duhai mujahidah..






kerana dalam ikatan hati antara ar-rijal dan an-nisa,


hanya yang halal adalah pernikahan


pasak kemas ia dihati mu yang menjadi rebutan itu...






peliharalah diri mu dari laranganNya..


hiasilah dirimu dengan duri-duri yang membenteng dari murkaNya,






bila mana hatimu mula terusik


bila mana hatimu mula terbibit rindu yang entah dari mana menyapa ..






sekali lagi ku titipkan larangan Yang Maha Pengasih itu..






“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat.” (Al-Isra' ayat 32)










kerana Dia menyayangi dirimu dan yakinlah belaian dariNya






“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik." (Surah al-Nuur, ayat 26)










lisan mulia qudwah kita berpesan..






“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”






dan daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”










sahabat,






seandainya kau rasakan hal ini terlalu berat


buat hati mu untuk kau tanggung,






nasihatku bersabarlah..


lazimi hati dengan sentiasa mengingtiNya..suburkan ia..






bila kau persoalkan tentang usaha?






sekali lagi pesanku,


ketentuanNya adalah pasti sahabat,


semua sudah diaturkanNya.bersabar dan berusahalah menjadi selayaknya sifat si hamba ...itulah usahamu.






bila kau persoalkan sampai bila?






sekali lagi pesanku,


hingga tiba masa yang Allah tetapkan ianya adalah saat yang terbaik buat mu






bersabar lagi dan lagi...






hati mu akan digerakanNya...


bila tautan mahabahfillah yang agung itu mula menyubur..


kau akan rasa yakin dengan pilihanmu sahabat..


pimpinan hati dariNya..pilihanNya..






namun,


selagi mana belum AKAD






peliharalah dirimu..


pesanku disini..






ikatan pertunangan apatah lagi perkenalan yang semu cuma...


ia bukan tiket melonggarkan prinsip apatah lagi menghalalkan


apa yang kau pertahankan sebelum ini..


nauzubillah!






biarpun tampak indah..


jangan terpedaya sahabat..






sahabat,






perjalanan menuju pernikahan yang mawaddah wa rahmah wa sakinah itu


terletak ditanganmu ...






bagaimana kau ingin ia bermula dan harapan apa yang kau inginkan didalamnya hingga ke akhirnya nanti yang bagaimana...






"Pernikahan itu amat sensitif, dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliannya " Syaidatina Aisyah R.A






perkara ini bukan sekadar cuma untuk berbahasa-bahasa menyedap bicara..melayan rasa..


tetapi ada yang tersirat sahabat..






erti sebenar dalam baitul muslim yang ku akui sangat kau fahami..






cita-cita BESAR kita ikrarkan kerana cintaNya






padaku, cukup sehingga disini pesanku buatmu


untuk kesekian kalinya..


Insyaallah, diizinkan masa.. akan kutitipkan lagi..






pesanan demi pesanan dari ku bila tiba ketikanya






maaf sahabat,






kuluahkan semua ini kerana aku sangat menyayangi dirimu kerana Allah






engkau bagiku adalah mawar berduri sahabat,


persis mujahidah yang selayaknya buat si mujahid,


aku kagumi mu kerana Allah dan ku syukuri punya sahabat sepertimu






bersabar dan bertahanlah kerana Allah untuk ujian yang kesekian kalinya ini..






tulus dan telus dari ku..


bicara hatimu adalah bicara hatiku juga sahabat


bersabarlah...






kerana aku-kau dan siapa sahaja tidak tahu siapa si dia yang Allah tetapkan...rahsiaNya ... mengertilah..






Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta Allah adalah cinta teragung


Tolong beritahu si dia, cinta fitrah insani bakal mengundang kealpaan..


jika tidak dikemudikan dengan iman..


tipu daya syaitan itu halus...






Tolong ingatkan si dia. hati ini bisa terpaut kerana imannya bukan rupa..


Tolong ingatkan si dia. hati ini bisa terpaut kerana mujahadahnya berperah keringat demi deen ..


cinta yang menuju ke kampung akhirat sana..bukan impian dunia yang tak kemana..


Tolong ingatkan si dia. hati ini bisa terpaut cintakan zuhudnya bukan pangkat mahupun harta..






Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta fitrah insani...


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..


Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..






Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..Pemilik agung hatiku yang utama..selamanya..


Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga yang amat ku sayangi selepas Allah dan Rasulullah SAW ..






Tolong sedarkan si dia, tanggungjawab aku dan dia besar kepada ummah!






Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana syariat yang ESA


Tolong sabarkan si dia, bila jarak masa mejadi penyebab perlunya sabar diatas sabar itu..






Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..


Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi pengheret dia ke neraka yang apinya marak menyala-nyala..






Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melalaikan hatinya...






Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya


sendiri kerana hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..






Moga dia seekor lebah yang sentiasa berjihad dan bermujahadah kerana Allah


memasuki taman larangan dengan sopan santunnya


meminta keizinan berlandaskan syariat demi membina sebuah baitul dakwah!


menyunting si mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..






~nuurhati~






sahabat, ana uhibbukifillah!






teruskan bermujahadah wahai jiwa-jiwa mujahidah!




:: adopted..
kak ipah's comel~~



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home