Friday, October 16, 2009

pesanan ibn al-Qayyim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
menurut ibn qayyim dalam kitab zad al-Ma'ad yang boleh dijadikan nasihat yang baik dalam hdup kita..
menurut beliau, musibah boleh diringankan dengan mengikut cara2 di bawah:
  1. mengikut petunjuk ALLAH dan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya.
  2. mencari ilmu yang syar'ie. tidak memadai hanya dengan membaca internet. hendaklah mendampingi orang alim yang dapat membimbing
  3. bertaubat dari dosa , mempersembahkan diri dengan sebenar2nya kepada ALLAH
  4. Mengamalkan zikir secara berterusan dalam apa jua keadaan. kesan zikir amat menakjubkan dan dapat menghilangkan rasa ketakutan dan menjadi tenteram.
  5. Berbuat baik kepada semua makhluk yang natijahnya akan menyebabkan hati menjadi tenteram dan tenang. Dada menjadi lapang.
  6. bermujahadah selalu untuk mengikis karat-karat negatif dalam hati kita
  7. Jangan berlebihan dalam sesuatu perkara seperti memandang, berbicara, makan, minum, dan bergaul. jadi ini akan menyebabkan hati seseorang menjadi tenang dan dapat menikmati hati yang lapang serta jauh dari kesempitan dada.
  8. Menyibukkan diri dengan majlis2 ilmu dan aktiviti yang bermanfaat
  9. Memikirkan tentang pencapaian hari ini tanpa menyusahkan diri dengan peristiwa2 sedih yang berlaku pada masa lampau atau kebimbangan pada masa yang akan datang.
  10. meliht orang2 yang kurang bernasib baik dalam hal2 kewangan , kesihatan dan rezeki.
  11. melihat ujian sebagai objektif bagaimana untuk menyelesaikannya.
  12. kuatkan semangat agar tidak di kuasai oleh angan2 dan khayalan yang timbl daripada pemikran yang buruk.
  13. menyerahkan setiap urusan kepada ALLAH. berbaik sangka atas ketetapan Qada' dan QadarNya.
  14. orang berakal tahu bahawa kehidupan orang yang beriman sebenarnya terletak kepada kebahagian dan ketenangan.
  15. apabila ditimpa kesusahan, hendaklah dia memikirkan kenikmatan yang pernah dirasainya sebelum ini. barula meyedari bahawa betapa banyaknya nikmat yang telah dinikmati selama ini.
  16.  kalau seseorang menyakitinya dengan sesuatu cara hendaklah dia meyakini bahawa kejahatannya itu tidak akan memudharatkan sama sekali melainkan dengan izin ALLAH. kemudharatan itu hanya akan memudharatkan yang empunya dirinya sahaja
  17. hendaklah mengharapkan balasan daripada ALLAH dalam segala gerak kerja yang dilakukan.bukannya megharapkan daripada manusia kerana jika mengharapkan kepada manusia semata2 kita akan rasa tidak dihargai.
  18. memikirkan tentang perkara yan memberikan manfaat, dan berusaha merealisaikannya bukan terlalu banyak memikir perkara negatif yang boleh mengekang daripada berjaya.
  19. memberi sepenuh fokus kepada apa yang sedag dilakukan sehingga membuahkan hasil yang paling maksimum.
  20. hendaklah menghargai nikmat persaudaraan, perkahwinan, dan persahabatn. janganlah dicari2 kelemahan pihak yang lain, nanti kita akan kecewa. jangan terlalu perfectionist dan jangan sibuk menhitung aib orang lain.
Wallahua'lam...

jom baiki kelemahan secara istiqamah  hingga berjaya!!!...

dipetik daaaaaaaaariiiiiiiiiii:
http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/saudaraku-allah-bersamamu-sentiasa.html

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home