Wednesday, December 23, 2009

idea tingtong ku~


Dengan Nama ALLAH



Assalamualaikum wbt



Mungkin anda tertanya2 mengapa saya begitu excited dan ‘membuang masa’ disini dengan menghantar kepada anda surat semuka ini.Tiada apa.. Cuma mau mengisi masa yang lapang.. Maaf andai mengganggu anda yang sedang mentalaah. Saya hanya hamba ALLAH yang lemah seperti juga anda..Cuma kita berbeza di satu/2 /lebih perkara..saya mohon kepada Tuhan yang Tiada Sekutu bagi-Nya bagi perasaan2 ujub,riak, sombong. Sesungguhnya itu semua adalah selendang ALLAH, dan celakalah bagi saya yang ingin menumpang sifat yang tidak layak bagi saya sebagai Hamba-Nya..semoga ALLAH sentiasa membantu saya seperti mana Dia telah membantu pemuda Badar, dan muslim di perang Khandak.



Jangan marah saya



Mungkin ini bukan surat terakhir saya..Dan saya akan tetap kirimkan kepada anda. Saya pasti anda akan merinduinya nanti.



Baiklah..



Pernahkah anda terfikir mengapa saya menghabiskan duit untuk mempotostate semua yang telah saya sediakan kepada anda ini semenjak cuti sem lepas (2009)?tiada lain Cuma inilah tugas (cara saya) yang telah saya pikul sejak saya mengenali Syahadah..waallahua’lam, jadi jangan marah saya..



.............



Di kesempatan yang sedikit ini..bagaimana anda? Harapnya lebih baik dari semalam.harapan itu juga buat saya.



Kata ALI R.A, “celakalah bagi yang hari ini lebih buruk dari semalam.”



Saya ingin mengenali anda..tapi saya tak tahu bagaimana caranya. Agak sukar bagi saya mau mulakan. Bagaimana ya?..end..



Adakah anda tahu..??



**~Kasih sayang juga boeh ditonjolkan dengan memberi nasihat yang baik buat kawan atau sahabat kita..~jadi sebarkanlah nasihat..



Free time: lawat la blog saya.smoga bermanfaat..andai ada apa2 hanta la email~~



Apa yang saya coretkan adalah ilham dari ALLAH jua..Segala Puji bagi-Mu ya ALLAH.









Wassalam..cont..












.............................













Dengan Nama ALLAH..



Tahun baru islam dah lepas beberapa hari..dan dah sampai tahun baru masihi..2010.Tahniah bagi anda yang telah berjaya menggenapkan umur. Makin lama, makin tua..hehehe..Tak lama sebenarnya..Sukar kita nak gambarkan yer..bagaimana ALLAH memelihara kita daripada sebesar mata pensel hingga kini kita dah besar panjang sekarang..Boleh la refer surat 1st yang saya kirim..(jika masih disimpan..baca la lirik tu) . Jauh perjalanan..jauh sekali..dan kenangla jasa ibu anda yang bertuah melahirkan anda, dan anda juga amat bertuah kerana memiliki seorang ibu yang hatinya begitu cekal..Alhamdulillah, kita sihat tubuh badan dan mental yang ALLAH telah beri.Tinggal dinegara yang aman..tak der perang secara zahirnya...Dan nikmat yang paling besar adalah..



Jeng..jeng..



Islam..iman dan ihsanSeperti yang telah ALLAH rakam..



“Kamu (umat islam)adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia....”



Q:Ali imran,3:110



masyaALLAH kita ini umat terbaik..percaya tak? Kerana kitalah umat Muhammad.Yang menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar..



*SMS:



“Takutkan ALLAH tidak sama dengan takutkan manusia..kata ulama, sesiapa yang takut kepada ALLAH, akan berlari menuju kepada-Nya. Sesiapa yang takut ppada makhluk akan melarikan diri daripadanya.”



~sms yang telah dibalas oleh seorang ustaz selepas saya bertanya..:



“salam.ustaz, maaf menganggu.saya nak minta nasihat dari ustaz. Dalam kita cinta dan harap pada ALLAH, mestila dituruti dengan rasa takut pada ALLAH. Bagaimana caranya kita mahu rasa takut pada ALLAH sedangkan kita tahu yang ALLAH menyayangi hamba-Nya?”















**Memang benar.mana ada hamba yang takut pada azab-Nya akan lari meninggalkan ALLAH..sedangkan azab itu juga disediakan kepada hamba yang lupa akan Dia,lalai dalam kehidupan, lupa tanggungjawab (beribadah kepada-Nya dan khalifah yang mentadbir bumi..)









Al-Baqarah: 30 “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “ Aku hendak menjadikan Khalifah(manusia) di bumi.” Mereka berkata , “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana , sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh aku menegtahui apa yang tidak kamu ketahui.”



&



Allah swt berfirman Yang bermaksud : “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri (beribadah) kepada-Ku.” (Al-Adz-Zariyat : 56)



Waallahua’lam..



















































.........................................










Dengan Nama ALLAH



Assalamualaikum..



Saya lagi ni..la taghdob..!saya takkan ambil masa yang lama untuk menghantar surat ini..dan anda juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membaca tulisan dalam surat ini.



Tengah study ker? Amacam? Tough tak kos sem ni? InsyaALLAH ,saya doakan semuanya ok









Pernah tak kadang2 kita rasa penatnya study?andai soalan itu untuk saya..saya akan jawab ya..dan ini terjadi bila keputusan exam tak seberapa..



Sebenarnya, dekan atau tidak dekannya kita adalah berdasarkan usaha kita..



Tahukah anda setiap apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat. Sesungguhnya ALLAH itu Al-Baasit (Maha Pelapang Hidup) dan..



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....”



QS (Al-Baqarah, 2:286)



See...ALLAH sayang kita kan?



Berusahalah anda...psttttt...malaikat sedang mencatit segala kebaikan anda..insyaALLAH
































































































masyaALLAH..inilah idea saya yang tercurah semalam selepas saya bungkam..nothing to do..
saya bayangkan yang saya akan menghantar surat2 dari bilik ke bilik setiap mggu untuk floormate saya..ntah la..saya terasa ini idea yang tak seberapa yang akan menyebabkan saya menjerat diri..adakah begitu?
tujuan saya adalah membawa mereka mgenal dan memahami siapa diri kita sebenar dan kenal siapa Tuhan kita?
semalam pun saya dah bayangkan yang saya diseret ke mahkamah green campus kerana telah mnyalahi undang2..
dan tadi i ask one sister.. she said.."jangan buat, nanti payah awak.."
jadi saya kuburkan lah



waallahua'lam















Labels:

1 Comments:

Blogger hidayah Razak said...

salam..ini adalah idea2 yang terkeluar dalam masa merangka proses myeru manusia kearah kebaikan..ntah ler..silap langkah kena perangkap..macam zaman at tartuck

December 23, 2009 at 7:18 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home