Thursday, November 19, 2009

usrah kita

Bismillah~
salam..

Isnin, 2009 November 16


Istilah Usrah : Perlukah ditukar ?

Ada seorang hamba Allah bertaraf pensyarah dari Malaysia datang ke Aceh. Setelah beliau berdiskusi begitu banyak tentang persatuan dan perjalanan tarbiyyah di sini dimana usrah kami isytiharkan sebagai program rasmi persatuan (PKPMI-CA) yang tidak perlu disembunyikan, satu saran beliau diberikan. Katanya, pelajar-pelajar belum kenal dan terlibat dengan usrah. Jadi kenapa tidak ditukar sahaja istilahnya kepada ‘Latihan Dalam Kumpulan (LDK)’ atau Study Group dan lain-lain. Saya ada beberapa tanggapan terhadap saran hamba Allah ini :



Pertama : Sebelum kita berbicara soal menukar nama usrah kepada nama lain, fahamkah kita apa makna usrah baik dari sudut bahasa mahupun istilah ( istilah dalam Gerakan Islam ) ? Usrah bermaksud keluarga di sudut bahasanya. Di situ terselit sebuah konsep yang menggambarkan bahawa wujudnya sikap kekeluargaan, kasih sayang, hormat menghormati, mengambil berat, siap mendengar dan berkongsi, duduk bersama dan segala macam perkara yang sinonim dengan sebuah keluarga. Namun, menukar istilahnya kepada istilah lain seperti LDK, Study Group dll tidak akan mampu untuk menyamakan istilah tersebut dengan pemaknaan makna usrah dan konsepnya. Kita tidak boleh menjiwai konsep usrah dengan menukar istilah lain.





Kedua : Saya bukan seorang yang static atau beku dalam memahami waqi’ sekitar. Saya bersetuju jika di kampus-kampus yang berbukan berorientasikan Islam, Persatuan Mahasiswa Islamnya menggunakan istilah LDK, Study Group dll diperingkat promosi. Namun, setelah mahasiswa ini berjaya dilibatkan, maka istilah usrah perlu dipakai dihadapan mereka. Jika tidak bagaimana kita mahu menjelaskan sejarahnya secara tepat. Kerana dalam sejarah Islam dan dakwah yang dibawa oleh Nabi s.a.w , istilah yang dipakai adalah usrah. Alasan kononnya penggunaan istilah lain ini bertujuan untuk menarik mad’u, agar tidak terlalu ke’Arab’an , hanyalah alasan semata-mata kerana penerimaan dakwah bukan tergantung sepenuhnya kepada istilah Arab atau tidak, yang jelas adalah sejauhmana cara kita menjadikan usrah sebagai bahan tarikan kepada mereka.





Ketiga : Jika kita memberi alasan penggunaan istilah yang agak ‘tidak terlalu Islamik’ bagi menggantikan istilah usrah dipakai kerana dibimbangi nantinya wujud suasana takut atau Islamphobia kepada gerakan Islam atau gerakan dakwah di kampus, sebenarnya kitalah penyubur Islamphobia. Kita bukan lagi di zaman Dr.Mahathir yang mahasiswa di kampus diperhatikan gerak-gerinya satu persatu sehingga perkataan usrah menjadi ancaman bagi pemerintah saat itu sebagaimana di Indonesia era regim Sukarno ( Orde Lama ) dan Suharto ( Orde Baru ) yang memusuhi gerakan dakwah di kampus. Jika saat ruang sudah agak terbuka pun kita masih bimbang dengan istilah Arab atau Islam, maka apatah lagi jika zaman tekanan dan penindasan kuat. Ketika Islam ditakuti ( Islamphobia ) , maka sewajarnya bagi para aktivis Islam lagi ‘meriah’ mewar-warkan dan menzahirkan Syiar-Syiar Islam tersebut, bukan malah sanggup menyorokkan identity Islam. Buktikan orang yang membawa imej-imej atau syiar-syiar Islam ini mereka yang baik.





Wallahua’lam.



Dicatat oleh Muhammad Fadhlullah di 15:14 0 ulasan

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home