Wednesday, September 16, 2009

pertemuan dengan si dia

assalamualaikum..

tak tau cana nak describe apa yang tlah berlaku semamngnya ALLAH telah atur dengan cantik sekali.

masyaALLAH.. tak saya sangka pertemuan dengan 'si dia' membuatkan saya adalah saya hari ini..segalanya

telah disusun cantik kronologinya..mahu saja saya ceritakan kpada smua kegembiraan saya (pada mulanya

terasa sesak juga minda)

saya masih ingat ketika saya di semester 1 di kampus hijau ni, masih lagi blur-blur ayam. banyak benda tak

tau.dengan harapan adalah hamba ALLAH akan membantu saya dalam pelajaran. memandangkan saya tidak

tahu macm mana lah kehidupan kat universiti ni.. masyaALLAH..(kelakar bila ingat balik..muka budak2

lagi.pkai tudung pin bawah..nampak baik lah..excited jmper kawan2 baru, dah ada lecturer. nak g kuliah..kalau
kat matrik pon still panggil kelas..baru terasa.. inilah 'campus life' ..adus payah bonar kalu berfikiran sempit

begini)

itu cerita masa baru masuk kampus hijau.. tapi bila dah di sem 2, 3 lain ceritanya... lagi dahsyat.nak tahu ape??
nant saya ceritakan..(cerita nya mgkin tak menarik bagi anda, tapi bagi saya ia amatlah penting bagi mengisi

pentas drama dunia saya) ya! sememangnya.. pengalamanlah yang banyak mengajar saya mengenai

kehidupan. antum semua juga msti merasa begitu


saya bermula dengan kosong.. kuatkan semangat untuk diri.. akhirnya...

story begin...
masa sem 1 bac sc horticulture, agri..saya tak tahu apa yang saya akan alami di alam campus..apa yang saya

pernah dengar lah.. kehidupan di universiti seronok sebab bebas, tak da banyak undang-undang yang

mengongkong..tak macam sekolah menengah tu..ada timetable yang fixed, kelas pukul 8-2pm..kelas penuh..

(yeay!yeay!! kebebasan(mengingatkan saya pada en zakaria lecturer microbe saya)..wah..seronok..tak sangka bleh masuk u)

mulalah berlaku konflik dalaman..erk.. yes! conflik dalaman..

saya seorang yang peramah, suka bercakap, senyum sedekah..tapi saya mencari siapa lah yang nak kawan

ngan saya, pergi kelas sama2..akhirnya..berkawan lah saya dengan semua budak2 otak fresh BS hort. fazreen,

mahfuzah, ema, shue..itulah yang pertama yang rapat dengan saya..begitu seronok..heeeeeeee~too excited

pergi kelas sama-sama, makan sama-sama..wargh..seronoknya ada orang nak kawan..

satu ketika...

saya bertandang ke bilik kwan saya yang ketika itu dia juga mengalami konflik ...(kenapalah mereka2 ini

berkonflik sangat..felik juga).. sebenarnya dia sedang mendekati islam dengan lebih baik memandang dia

sudah lama mengenali islam..(paing huei ling)

~masa sem 1 saya terpaksa mengambil subjek yang 'agak saya minat'.. komputer..asas jer.sungguh

membosankan.. natijahnya saya dapat C untul final exam dan result jatuh merudum..comp telah merosakkan

result saya??? ataukah saya yang merosakkan diri saya sendri yang ketika itu masih dalam mode enjoy..??

itulah masalah saya.. tetapi sebelum itu saya dah berusaha dengan main2 untuk belajar...satu ketika...

kat bilik dia lah saya bertemu dengan si dia.. pelajar master in computer green campus. wah.. excited bukan

kepalang... bertemu dengan seorang yang periang..sekepala lah kami.. tu baru mukaddimah.. belum lagi saya

tahu yang dia adalah pelajar computer..subjek yang saya paling...hmmmm..'suka'..hahah.. apa lagi...saya terus

mintak ni telefon beliau tanpa berfikir panjang.. (masa ni belum tahu lagi apa perngkap yang dia

pasang..sekarang baru saya sedar..saya lah yang sebenarnya memerangkapkan diri saya..perangkap yang

membahagiakan..)

banyak kali kami berbalas mesej..saya bertanya mengenai RAM, mother board..knapa tak der father board..

saya relatekan kapasiti RAM yang lemah dengan otak saya yang slow ni..

"kalo RAM dia tinggi, laju la yer komputer tu nak proses ya?"

" haaa..pandai adik akak" kata beliau buat hati saya berbunga... macm budak-budak la saya ni..

"patotla otak saya lembab, RAM lemah kot akak.. memory pon rendah..haha.." saya bergurau.. tapi ada

betulnya..

selepas berapa lama.. dia hanya melayan segala pertanyaan saya di SMS..seronok ada orang caring..

bila dah mula rapat saya banyak mengajukan soalan berkisar rohani..luahan rasa..bila ada saja masalah saya

akan rujuk pada si dia.. apa yang selalu si dia nasihati saya adalah " ingatlah ALLAH".. ya!! ingatlah ALLAH...

banyak juga nasihat si dia yang yang saya telah lupa..cepat benar luput benda yang baik ni.. tapi perubahan

pada diri saya adalah melalui dia..tetapi ada masalah dipermulaan bila saya diajak ke program.. INI SEJARAH

KITA (ISK)..adus.. macam mana la saya nak cakap kat akka ni saya tak mau pergi. kalau cakap tak nak pergi

sebab malas melampaulah pulak.. tapi disebabkan saya ni jujur orang nya. saya katakan juga yang saya tak

dapat join program tu..mals punya pasal...

"tak pe.. lain kali ada lagi program..insyaALLAh awak bleh join lagi" kata si dia..

"insyaALLAH" jawab saya dalam SMS..adus.. nak ajak aku lagi ker kalo ader prog??knapa la aku kena ganggu

masa 'belajar' aku dengan program yang ntah pape kesahihannya..~desus hati yang masih berkarat dengan

karat jahiliah..

banyak kali juga dia ajak saya ke program2 ilmu.. dan banyak kali juga saya memberi helah.. tapi saya lihat

beliau tak putus asa.. asyik mengajak.. tak reti bosan agaknya kak naqib saya ni.. ishhhhhh..saya pula yang jadi

bertambah bosan dan mengelak dari ber SMS.haha. itulah saya.. satu masa saya gagahkan jua memandangkan

dah banyak kali beliau mengajak..(dan saya pula kehabisan stok kelentong..hahah).. niat saya mula2 cuma

mau cukupkan syarat.. "ok sekali jer aku datang lepas ni aku tobat tak nak datang dah"..itulah saya..

berada daalm satu program yang sangat membuat saya kekok..saya yang peramah menjadi pemalu dan tak

banyak cakap.. ada sesuatu yang tak kena disitu.. apa dia??? apa lagi kalau bukan dikelilingi oleh kakak2 yang

bertudung labuh dan berjubah, berbaju labuh.sungguh sopan.

Sebenarnya dulu saya agak anti dengan sister yang bertudung labuh.. saya prejudice terhadap

mereka..kenapa?? melalui pemerhatian dan pengalaman..saya melihat mereka yang bertudung labuh

mempunyai perserpsi yang negatve towards mereka yang tidak bertudung labuh, hanya bertudung

bawal..mereka hanya berkawan dalam kalangan mereka dan tidak mempedulikan orang lain.. (sangt negative

pemikiran saya) tetapi persepsi itu berubah apabila saya menegnali mereka.. mereka2 tidak seperti yang

lain.. saya seronok bersama mereka2...taka banayak yang saya boleh karang disini memndangkan masa dan

saya mau balik beraya di kampung..post pertama dalam blog yang ke 3.

tetapi ALLAH telah pertemukan saya dengan orang yang saya perlu, bukan yang saya mahu..

melalui si dia, ALLAH menunjukkan saya cara berpakaian dengan betul...saya berani membuat perubahan

pada appearance saya. pergaulan saya, percakapan saya.. bnyak yang saya lihat pada dia dan saya

evaluate pada diri saya sendiri..

sekarang si dia adalah murabbi saya.. naqib saya..nuur alifah bt roslan..bersama 7 adik beradik lain..kami

sering bersama ke program dan usrah yang diadakan setiap minggu.. memang menguji iman..antara study dan

usrah.. antara usrah dan kepenatan seharian ke kelas.. apatah lagi saya student agri yang banyak menuntut

saya ke ladang untuk menjaga anak-anak yang sedang giat bercambah..tapi digagahkan jua.. tak mau lepaskan

peluang..ada masa kepenatan yang max menyebabkan muka masam mencuka...(maafkan saya atas

kekhilafan)..selepas ikut usrah.. banyak juga dugaan.. saya rasa semua yang melalui jalan tarbiyah merasai

kesusahn itu.. keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan disekeliling, pelajaran yang menjadi amanah utama

ketika di campus,mana yang harus diutamakan??

masyaALLAH..bila bersama halaqah usrah.. rasa seronok.. tak mau lepaskan peluang..mau grab semua yang

disampaikan..halaqah usarah bukannya satu..banyak.. kami kuat denga pertolongan Allah..ada saja

kemudahan yang ALLAH berikan..memang benarlah..ALLAh akan membantu sesiapa yang membantu

agamanya..saya yakin!!

saya mengalaminya sendiri...pencapaian saya dibidang akademik makin mningkat. saya yakin dengan rahmat

ALLAH..Dialah yang memberikan kejayaan kepada saya bukan kerana usaha saya yang sedikit itu..pengurusan

masa dan cara pergaulan saya berubah.. saya malu pada diri sendiri andai kata saya tau itu salah tapi saya

masih melakukannya.


~~~~panjang bercerita~~~
saya ingin berkongsi sahaja cerita di atas.kalu ikutkan.. masih panjang..saya bukan manusia sempurna yang tidak melakukan dosa.. saya lah manusia, hamba ALLAh yang paling lemah..bukan mudah nak mudah, bukan susah nak susah.. bagi sesiapa yang sedang dalam proses membaiki diri.. berusahalah.. sesungguhnya perjuangan itu suatu yang mengerikan.. tapi yakinlah bahawa Rahmat ALLAh bersama orang yang sabar untuk berjihad dalam dirinya sendiri..ALLAHUAKBAR..
andaikata ALLAH menyeru saya, doakan saya disana..