Monday, November 30, 2009

sesi daurah bersama~~~

 Dengan Nama ALLAH

salam


pengalaman~~~



dah lama tak p daurah..
selama sem ni brapa kali jer p daurah a.k.a seminar /ceramah bestl macam tu la..
sebab sem ni bulan pose n banyak cuti..
semua orang fokus kat ramadhan..
tapi ada jugak..cuma kurang..
dah lama tak gather ramai2 dengan akhwat..rindunyer..
tapi jarang la yang  dpat join..
kesibukkan..
ye..memang pon kebetulan daurah masa exam..masa waktu puncak sume orang baca buku..
ya! ya!
tapi...daurah kan sekejap jer..??
kul 8 hari sabtu sampai tgah hari hari ahad..
makan free..
apa yang liat sangat..
ikhlaskan hati!!perbetulkan niat..

**peringatan
hadist 1~~
sabda Rasulullah SAW.:
."Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana ALLAH dan Rasul-NYA maka hijrahnya itu menuju ALLAH dan Rasul-NYA. barangsiapa  berhijrah kerana dunia yang is harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."

oh paham la kita, apa yang kita niatkan tu la yang kita akan dapat..

niat g sebab dapat makanan free..maka dapat la anda makan free..sarapan..makan tengah hari, minum petang dan sape tgah malam..
nak g daurah sebab nak ilang kan bosan..maka hilangla bosan anda tu..
g daurah sebab takut akak yang ajak tu kecik ati..maka tak kecik la hati akak tu dek kedatangan anda ke daurah..
tapi..

apa yang saya nak highlight kan kat sni..
tak kirala sebab apa pada mulanya anda menapakkan kaki ke daurah..
at last anda akan memahami jugak tuntutan mengapa anda perlu ke daurah..sebab masa daurah la kita dapat paham apa yang kita tak paham..dapat tau apa yang kita tak tau..
anda tau 'Ini sejarah kita a.k.a ISK"?
anda tau apa itu "ini peranan kita a.k.a IPK"?
syahadatul haq yang penting tu?
hadist ghulam?
sejarah usrah

**bukan nak tunjuk yang saya tau ..saja tanya untuk menyedarkan kalian..kalo kita tak mencari..kita takkan dapt la...
kalo sumenyer rasa bosan..bila la agaknya kita akan keluar dari kepompong kejahiliyah kita tu yer?

"saya tak boleh sangat dengar ceramah ni..cepat ngantuk.."
macamm mana la tak ngantuk kalo sarapan makan nasi..
"nak pergi setengah hari jer boleh x?"
"boleh2 nanti kita suh akak tu datang jemput.."terpaksa ku relakan juga pemergiaan nya beragkat pulang ke kolej
adus..macam2..

***tak boleh cakap macam tu..***
hidayah kan milik ALLAH..
?????
ya..memangla hidayah milik ALLAH..
tapi sampai kapan mau berdalih??

dengar lagu nahwan nur ni~~~
..........................
::hidayah ALLAH... adakah terasa..?
::kalau masih belum carilah segera
::dimana2 ia pasti ada
::cumalah diri kita mungkin menolaknya..

jangan marah !!

abu Hurairah ra menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw..

"berilah aku nasihat." Bainda menjawab, "jangan marah." Maka diulanginya beberapa kali, kemudian Nabi bersabda, "jangan marah!"

kenapa la taghdob ea?
sebab marah akan melemahkan semua sistem..akal..badan jadi lemah..otak jadi panas..jarum syaitan menusuk ke jantung...
makin menigkat temperature..
tak bleh kawal..
segalanya mungkin boleh terjadi..

rindu??
rindu pon boleh bawak banyak -ve gak..
hmm..cuba salurkan kepada yang hak..(ALLAH, mak abah, siblings..sahabat akhwat yang tersayang::untuk akhwat je la)




**nampak cam sies pulak budak angah ni
"ya! memang saya sies.."

tdow 'selesa' la sebab senang nak bangun qiam..
kan di baginya tilam empuk..semua tak terbangun kang..
ya..
memang penat...
tapi penat lagi kalo kita tak betul memahami agama kita..
betapa ruginya..~~~

tak per..
Rasulullah amat la optimis..
"jangan hukum mereka..mungkin keturunan mereka nanti ada yang nak terima dakwah ku ini.."
so, apa lagi kita yang baru jer menapak ni.. **saya la tu**
bersabar di jalan dakwah!!!
banyak lagi yang
perlu dibaiki..improved
dari segala sudut..



kenapa perlu g daurah?
~jawapannya mudah..sebab bukan semua benda dapat di 'cover' masa usrah..
btol??
 jawap la sendiri


~~~~~banyaknye bebel malam ni..
k la..salam

Labels:

hari ini

 Dengan nama ALLAH..

salam..
semalam baru sampai GC lepas asar ..
pastu member sekerja sampai..
pastu member pon sampai..
cukup la bertiga dalam bilek yang serba kecik ni..

...


pengorbanan..
tanyala ustaz..
soklan: "adakah pengorbanan seorang suami yang keluar cari duet tinggal anak isteri, sama seperti pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail?"

balas ustaz zamri 'mantop', lebih kurang mcam ni   la..

~tak boleh nak dikatakan sama.. tapi pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail adalah role model terbaik untuk pengorbanan..~


bagaimana la perasaan seorang ayah yang amat menyayangi seorang anak dan perasaan seorang ibu yang menyintai anaknya dengan segenap perasaan.
"anak nak kena sembelih ni..!!"
agaknya kalau perkara ini terjadi kepada orang sekarang...???
hm..
.......
 "abang..abang.."hajar memanggil..dengn penuh perasaan dan harap suami tercinta akan berpatah balik, cancelkan proses pnyembelihan tu..

suami tercinta ibrahim a.s terus menapak..tanpa berpaling..andai dia berpaling..boleh jadi dia akan tidak sanggup menatap wajah si isteri yang tercinta..dan terus cancelkan 'arahan' itu..
"abang..abang.."hajar memanggil lagi.."adakah ini arahan ALLAH?"sambung hajar dengan pertanyaan..
"ya."jawab ibrahim a.s
hajar terus merelakan segenap ruang hati nya..merelakan anaknya menjadi korban..
segalanya untuk-MU YA ALLAH!!!

pengorbanan yang besar..amat besar..

belum lagi
tanya la diri sendiri seberapa bnyak dah yang kita korban untuk agama kita??
pengorbanan yang terbaik yang pernah  kita beri??

duet..masa (ikut usrah, pergi daurah vs. study and exam and arrange program?)..tenaga (jalan jauh.masa program yang padat..sebab masa amatla limited )
semua perlu pengorbanan..tapi tak sehebat ibrahim a.s dan ismail a.s
tak per..selagi ikhlas..ALLAH akan membalasnya..
pengorbanan untuk DIA yang terchenta..
berkorban!!


~adoyai..aku pon tak berkorban ag ni..~~~sendiri mau ingat la angah yer..










Labels:

Wednesday, November 25, 2009

borak iranian

~Dengan Nama ALLAH

salam..
tempat kerja saya ni ada 3 orang iranian..
daryush peramah..
saya cakap la ngan dia dengan broken english..
hehe...
dia macam pakcik2..
selaloo puji malaysia..
"malaysia is so lucky.peace.not like my country."
~Alhamdulillah
dia nak tinggal kat malaysia bila dah abeh belajar nant..
"are u ok if i want to stay in malaysia?"
dalam hati nak je jawab..
"tak payah la.. malaysia ni kecik je pak cik.."
hehe...
Malaysia ku tercinta!!!

ISK
tadi borak2..
"your boyfriend study here?"
"no!i dont hve boyfrend."saya tersenyum
"u said u have boyfriend?"daryush buat muka confius
"ya..boy friend..not special boyfriend..i just be friend with all people." i explained
"ohh..ya..its different.im sorry..so?dont you want to have a boyfrend?"
"im still young..not intersted.i wanna further my study."
"i wish u luck, happiness and success in your life."
"tq2..u too."
"thank you.."

tetiba crita kami meleret panjang..
"i saw that youngest here are freely out with their boy frend or girl frend."
tersentak saya..
saya ingat dorang tak perasan..
saya mengiyakan..
"at my country, boy and girl cannot go out together.even brother and sister will be arrested if they walk together. the police will asked their i/c to prove that they are siblings."sambung dia lagi
waaaa...saya kagum.. memang tak jumpa ar kat malaysia..kalau kat malaysia, even pak cik sbelah umah keja polis tengok anak jiran dating.. senyum jer.. tak der perasaan...(ish..ish..)

"malaysia is muslim country but not practice islam."
~ewah..kutuk malaysia pulak.. tapi itulah hakikatnya kan...?

ni la 'kawan' yang di ajar kafirun

"do u agree if girl or boy who are frend,just fren not special go out eat together?"
"im not agree...people will think -ve not towards that girl or boy but other will think -ve towards islam.."
"ya..i agree with u."

pas tu saya bukak cerita ISK..
ustaziatul alam..
as-syahid hasan al banna..tapi dia tak kenal..
usrah..
dia dengar..harap2 dia paham..
saya tak rasa kekok nak crita dengan dia sebab dia dari negara islam.. dan hopefully dia memahami..insyaALLAH..
"if all people think like you, i sure islam will be ok. you are good girl."
 saya tak harap dia cakap saya baik..sebab saya tau sapa saya..
saya tak baik sangat..
teringin nak jadi baik..



tapi tak semua yang nak faham..
jawapan clishe..."tak dapat hidayah.."
sahabatku..
hidayah ada dimana2..antara kita nak grab or tak jer..

menjadi harapan nak tengok negara islam terbina..

dia pon menyuarakan kesedihan bila..
"most iranian women do not wear hijab when they are in malaysia.in my country they cant do that.they also freely shake hand with man who are not mahram."
"i thought they wear like that when there are in iran ..and a also think that its a culture at ur country.can shake hand."
~bila kita biasa melihat kebiasaan, kita akan lupa yang salah tetap salah..macam mana la saya bleh fikir itu adalah budaya mereka??sedangkan mereka adalah muslim =( ~

bila pemakaian tudung dipandang remeh, tidak datang dari hati.. beginilah jadinya..



p/s:
~ kuat mujahadah lawan nafsu
~ tsabat di jalan ini...

~kak ipah..jiwa saya kosong...
jom kita korban!!!





Labels:

Tuesday, November 24, 2009

perjuangan diteruskan!!!

Blog Entrybersabarlah adik ....Nov 18, '09 6:27 PM
for everyone
:Bismillahirahmanirrahim ::

Subhanallah, sungguh! tercapai rasa dihati dengan sentuhan pena ini..dengan ini ku titipkan
bicara hati ini se ia semaksud dengan apa yang ingin ku titipkan buatmu adik-adik ku...

by muharikah
Alhamdulillah hirabbil alamin, Allah yang memberikan nikmat hidayah dan islam..
Selawat dan salam pada rasulullah yang menunjuki jalan berduri namun manis ini.. tentu menyelami sirahnya takkan pernah habis dapat digali mutiara berharga di dalamnya. Serta mendalamkan cinta kita buat baginda…
Dunia dakwah dan tarbiyah kita ini sangat banyak mengajar kita akan sebuah kehidupan yang panjang, warna warni dan tentu misteri..
Kadang2 kita rasa jalan yang kita lalui ini pasti mencapai kejayaan.
Tatkala melihat wajah naif anak binaan kita memandang kita penuh syahdu, meminta-minta jirusan hidayah ke dalam kekontangan hati mereka..

Maka kita gembira melihat mereka mengelilingi halaqah kita. Kita merasa seronok berkongsi apa yang menjadi keindahan buat jiwa kita..
 dunia Islam, tarbiyah dan dakwah…
 Dan kita tanam pada jiwa mereka, mereka perlu menjadi pewaris kepada dakwah ini, agar mata rantai islam takkan terputus-putus… Kita berharap sangat akan ada pewaris kepada tugasan Rasul ini..
Namun, sedetik itu jugalah Allah yang memegang hati manusia ini membolak balikkannya…
Dan diri kita tersadung, terjelepuk serta terkedu.
 di mana silap kita sehingga mereka terus berpaling dari kita?
Bagaimana agaknya Rasulullah, kekasih kita tatkala melalui kota Thaif..
dengan sandalnya..
dengan panas teriknya..
mungkin dengan seekor unta menjadi peneman,
dengan kepayahan lamanya perjalanan…
Baginda berjalan, penuh berharap,
penuh dahaga dan lapar,
kiranya ada tuan rumah sudi menerimanya bertandang,
bukan sekadar memberi roti dan air,
namun mahu menadahkan telinga mendengar kalimah sebuah risalah..
bayangkan Rasulullah, berjalan adikku…
berjalan…
berhari-hari,
penuh penat,
penuh harap,
akan ada manusia mendengar risalahNya..
Namun hadiah mereka kepada baginda adalah batu-batu kerikil yang menghunjam ke tubuh baginda yang suci itu!
Batu-batu yang melukakan kaki dan tubuhnya!!…
Kesedihan apa lagi yang paling dahsyat selain dari itukan? ( Tak dapat bayangkan kita di tempat rasulullah kan?)
Sehingga malaikat terus menjadi marah dan geram pada Thaif, dan lantang mahu menebalikkan bumi Allah itu…
dan Baginda hanya berkata :
‘ Jangan, mungkin anak cucu mereka pasti akan menerima risalah Allah ini…’
Ya Allah…. selawat ke atas manusia suci itu… yang menanggung sengsaranya emosi dan fizikal di jalan dakwah ini…
kerana cintanya pada Allah, dan risalah ini..
baginda berjalan menempuh perjalanan yang panjang, penuh sukar..
kerana mahu manusia merasai apa yang dia rasai dalam jiwanya yang sasa itu…
Merasai nikmat sebuah hidayah Islam..
Nikmat mengenali Rab, Ilah dan Khaliq sekalian alam; itulah Allah rabul jalil..
Nikmat keluar dari belenggu jahiliyah yang sempit, kepada keluasan Islam tanpa batas…
walaupun terpaksa berhadapan dengan sakitnya hati, jiwa dan fizikal kerana tentangan Thaif,
namun atas nikmat itu, dirasai ujian itu terangkat, dan dilupai terus! Tak mahu langsung dibalas oleh bantuan malaikat.
Kerana nikmat itu!
Dan kerana nikmat itu jugalah, kita tempuhi jalan ini,
Penuh mehnah, ranjau, kepayahan, kesusahan, keperitan dan kepedihan..
Dan kita datang, saban minggu, mengajari mereka, mendidik mereka, dan mereka memberi harapan pada kita, bahawa mereka mahu tsabat di atas jalan ini..
Namun takdir Allah menentukan, akhirnya mereka pergi jauh dari kita..
membawa diri,
mencari identiti
dan makna diri,
tak mahu terikat pula dengan ‘belenggu’ islam/dakwah/tarbiyah ini..
dan akhirnya mereka makin jauh, dan amat sukar digapai oleh kita..
dan tentu kita amat sedih dan tertanya-tanya : apa salahnya pada tarbiyah kita berikan pada mereka?
atau adakah ini balasan Allah pada dosa-dosa kita?
pada kurangnya tahajud, hafazan, dan tilawah?
atau kerana kita lupa sangat-sangat…
yang sebenarnya kita mahu mengajak mereka mengenali allah, meletakkan ubudiyah mereka teratas kepadaNya… cuma yang kita fikirkan mungkin, kita nak sangat pelapis di jalan dakwah ini.. ( sebab kita sangat sedikit, dan kerja dakwah sangatttttttttt banyak, dan kita nak ramai orang tolong dakwah ini….!!)
dan tentu kita nak mereka rasa, bestnya hidup dalam dunia dakwah ini!, dunia yang memang memelihara kita dari lagha dan kepenatan hidup di dunia…
ataupun inilah dia….
supaya kita rasai sangat, apa yang Rasululllah rasai di Thaif
dan Rasul2 yang lain rasai di sepanjang perjalanan hidup mereka..
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan , sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (2:214)

Tentu juga kerana Allah mahu menyucikan jiwa kita… dan membuatkan kita betul-betul faham, kenapa kita buat kerja dakwah ini… makin kuat kita diuji, makin dalam kefahaman kita di atas jalan dakwah ini, dan makin dekat kita dengan Allah, serta tsabat insyaallah…
dan tugas kita hanya memberikan peringatan, mengajak mereka mengenal jalan yang lurus dan benar ini. Jalan yang pasti menghantarkan kita semuanya ke syurga insyaallah..
namun memang lumrah, ada manusia menerima, ada yang menolak..
dan apa yang kita dapat pelajari di sini adalah, tebarkanlah jala dakwahmu sebesar mungkin, namun berdoalah agar hidayah itu sampai pada mereka, dan berkekalan di dalam jiwa mereka..
di dunia ini, berapa ramai sahaja yang akan menjadi pekerja Allah..
lebih ramai yang menjadi penonton semata-mata..
tak apalah jika Allah extractkan pada kita, kualiti manusia yang benar-benar Allah pilih untuk mengembani risalah ini. Moga-moga mereka akan dapat mengukuhkan saff Hunain kita ini..
Ingatlah ketika ramainya musuh menyerang hendap kaum muslimin di medan perang Hunain, ribuan orang muslimin di tika itu bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana terkejut bangat diserang tiba-tiba..
sehinggakan Rasulullah berteriak..
‘ Wahai orang-orang beriman!!! Aku ini Rasulullah!! Aku ini Rasulullah!! Muhammad bin Abdullah!!Maralah bersama aku!!’
Kerana ketakutan yang amat, mereka tidak mendengar kata-kata baginda, sehingga Abbas terpaksa berteriak pula kepada mereka,
Wahai kaum Ansar! Wahai pasukan yang berbaih di bawah pohon samurah ( sewaktu perjanjian Aqabah)!
Lantas ada yang terdengar dan terus menyahut:
ya! Kami sedia menerima arahan!
Sehinggakan ada dikalangan sahabat yang untanya tak mampu untuk berpusing semula ( barangkali kali takut juga?) turun dari untanya dan berlari mendapatkan Rasulullah…
dan tahukah adikku, berapa ramai sahaja yang terus menerajui peperangan Hunain itu dan memperolehi kemenangan?
100 orang!
ya, dua kosong, 100!
dan bilangan asal tentera Islam adalah 12000 orang. 10000 adalah dari kaum madinah, dan 2000 adalah orang yang baru masuk Islam setelah fathu makkah…
Ya Allah, itu kiranya 0.1% je !!
dan akhirnya Allah turunkan rasa takut musuh kepada orang mukmin walaupun teratmatlah sedikit orang mukmin di tika itu…. Dan atas dasar taqwa dan iman kepada Allah itulah, akhirnya mereka menang di Hunain…
Allahu akbar!!
Kiranya, cukuplah dapat kita cari 0.1% itu! Mereka yang dapat bersama kita memikul beban dakwah ini bersungguh-sungguh hingga ke penghujung hayat mereka….
dan tentu kita perlu tebarkan islam pada semua orang, tetapi jangan kecewa jika kita hanya mendapatkan 100 orang dari 12000 orang kita ajak…
ataupun 1 dari 100 orang yang kita ajak…
tak apa… Allah memilih hamba-hamba yang mahu diwariskan risalah ini…
Berdoalah,kita yang beramal.. keputusannya Allah yang beri..
mungkin dengan tak ramai pengikut ini, Allah nak bersihkan hati kita dari rasa bongkak, takbur dan yakin diri, supaya kita betul2 rasa, adik2 yang dapat menjadi pekerja dakwah ini, bukanlah kerana tangan kita pun yang mendidiknya,tetapi kerana hidayah Allah semata-mata..
allahualam..
buat adikku, bersabarlah…
wassalam
akakmu
Generasi Harapan

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mamapu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkuali
Menanti bangkit kepalmu

Ayuh! terus bermujahadah duhai mujahidah! ikhlaskan hati mu buahkan amal mu..
 moga Allah sentiasa pelihara dirimu dalam rahmatnya..amin..

Labels:

Monday, November 23, 2009

aurat dimana??

 Batasan Aurat Lelaki dan Wanita


www.iluvislam.com

Oleh : mrcw87*

Editor : naadherah

Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan remaja. Firasatku mengatakan bahawa semua remaja yang sudah baligh, berakal dan berpendidikan begitu makruf dan memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika individu tersebut pernah belajar tentang hukum hakam dalam Islam, pernah mengambil subjek agama Islam dan dan jika beliau memang antara seseorang yang mendalami ilmu Islam.

Yang sedihnya, golongan yang memahami inilah yang telah melakukan perkara tersebut tanpa segan silu dan tak tahu malu dengan membuka aurat di khalayak ramai. Tidak kira remaja lelaki ataupun wanita, semuanya dikira sama jika aurat mereka masih tidak terjaga. Mungkin mereka masih kabur lagi dalam masalah sebegini sehingga permasalahan ini dipandang sebagai perkara biasa. Contohnya, berseluar pendek, berbaju ketat dan sebagainya.



Apa itu aurat?


Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.


Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :
Maksud ayat al-Quran,
"Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. "(al-A`raaf 7:31)



Rasulullah saw bersabda:
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)




“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)


Jadi berdasarkan dalil-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak



Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam
1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.
2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.



B.Aurat dengan ahli keluarga
1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut


C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)
1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.


D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)
1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut
etika menutup aurat


etika menutup aurat
1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya
2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya.
3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.
4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.


Hukum melihat aurat


Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini
Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua

Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.


Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.
Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.
Akhir sekali.



Telah menjadi kewajipan kita semua untuk menegah segala kemungkaran mengikut kemampuan kita masing-masing. Dan kewajipan ke atas kita juga untuk bersama-sama membendung gejala negatif tersebut dari tersebar lebih meluas tanpa batasannya.









Semoga penulisan kali ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan orang-orang yang tahu malu.









Wallahua`alam.









*sedikit sumber maklumat di perolehi dari jawapan panel kemusykilan agama, JAKIM yang menceritakan perihal aurat berdasarkan pandangan mazhab Syafie.

Labels:

yaaaa...

 Dengan Nama ALLAH..

salam..

"if you desire to live such that your religion is safe and your honour is sound, guard your tongue and never mention another's faults, remembering that you, yourself have faults and others have tongues"

~recieved from mahfuzah~



apa yang saya faham..

~kita kena jaga diri dulu b4 tegur orang lain..sebab orang sibuk yang baik adalah orang yang sibuk melihat seribu kelemahan diri dan tiada masa melihat2  kelemahan orang lain..

~tengok seribu kelemahan diri b4 tengok kelemahan orang lain..

~cakap dengan hikmah..

~baiki kelemahan diri..



*thanks mahfuzah..

Labels:

lagi..lagi dan lagi...

 Dengan Nama ALLAH..

salam...

scene 1:
"kalau dulu baju labuh puteri islam aku aku potong.."
hehe..
"kalau jalan ramai2, nampak la baju aku singkat sket.."
bangga pulak bercerita..tak gemar saya nak dengar..


scene 2:
 "ngah..mana ko beli baju labuh2 macam ni?kalau aku aku buat tidur jer.hahah."
"banyak jer jual kat kedai.."jawab saya
"biarla dia memng suka pkai baju besar."mak cik back-up saya.ngeeeeeee
tapi dalam hati.."hah..berani2 dia kutuk baju labuh kesayangan saya ni??"
adakah pakai baju labuh nampak teruk and not up-to-date..
argh..tak kesahla..

scene 3:
"wah..banyak nya tudung..."tegur saya..
"nak?akak ada 3 tudung labuh..pakai masa matrik dulu.."
"akak matrik mana dulu?"
dia senyap jer..
"orang lain pkai tudung labuh..aku pon pakai gak.."
*terikut la ni yer??*
.senang terpengaruh dengan +ve or -ve..

scene 4:
 "angah..macam mana ko bleh pakai tudung labuh ni.tak teringin nak jadi ustazah ker?"tnya kak spupu..
"haha..kenapa pulak.ustazah jer ke nak kena pkai tudung labuh??budak pertanian pon boleh.."kata saya dan terus berlalu...smbil ketawa..bia ar dia nk bengang pun
malas nak panjang2 crita..saya akui yang saya sangat sensitve bila orang cakap macam tu kat saya..
i know that i should be proud to be a ghuroba'..

tapi dalam situasi ni, saya masih kena hormat mak cik saya dan kakak spupu saya yang masih lagi belum mendapat petunjuk..saya hanya mendiamkan diri.tersenyum tawar dan pandang ke lantai.. dengan doa agar mereka juga dapat merasa manisnya hidayah ALLAH..
saya kawal kemarahan ni..nak jugak menjawab depan kak spupu..takut nanti lain pulak jadi nya..
memandangkan mereka masih dalam keadaan 'blur-blur'..
saya hanya tersenyum...

*saya bersyukur saya adalah saya..kerana segalanya adalah RAHMAT ALLAH..*
do you feel da same??

doakan segalanya OK

Labels:

apa kata mereka?




Theodore Hertzel -
 pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 )
"misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran -
 ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.



William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) -
 mantan PM Britain zaman Queen Victoria
 "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini".
- ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )



sadarkah kalian?

kita telah di perbudakkan oleh mereka
dalam kelalaian yang dicipta mereka..
dan kita umat akhir zaman yang lekat dengan ini semua

psywar~psycology war

perang yang tidak nampak kesannya pada mata kasar..
tapi hakikatnya..
perang ni perang makan dalam.
kita tak nampak pon kan yang sebenarnya jarum batil yahudi dan kristian dah lama terbenam dalam diri kita orang islam..
sedar tak sedar pon benda ni dah jadi makin teruk..
membusuk, berulat dalam diri..
kejahilan yang berkarat..
~kehidupan dunia diutama
~segala benda diambil ringan...
chaos!!



Labels:

hm..mcm2 la..

 Dengan Nama ALLAH

salam..
hari ni tak g keja..dah dapat bilik..print out journal..fiuhhhh...
sbtu and ahad lepas saya pergi umah makcik kat sentul...
sabtu and ahad tu di penuhi dengan aktiviti berjalan2..
cari barang2 untuk tempahan hantaran..
spupu saya ni bt biznes hantaran...
penat kaki tak usaha nak cakap la...
kami pusing satu small house and SSF..
semata2 nak cari bunga warna purple yang matching dengan semua hantaran..
belum lagi cerita pasal benda2 lain untuk hantaran..
manik2, bakul yang sesuai..tak bleh tinggi sangt nanti tak nampak beg hantaran..
beli kain satin n oganza (saya daripada tak tau kain satin ngan oganza jadi tau..masyaALLAH..bosan yang teramat la sangat )
saya yang tengah kebosanan masa tu ..bila spupu tnya :"ni cantik tak??"
saya jawab..."ha ah .ok yang ni."dengan muka yang tak der perasaan..
apakan daya saya..
kalau saya diam nanti kena bebel ngan dia..
tak daya nak dengan bebelan lagi..
aku nak relax2..
hahah..
yang saya pelik..
masa kami nak pergi small house tu spupu saya ni tengah pening kepala..
saya mula bimbang..
apalah yang akan terjadi dalm perjalanan nant..
kalau dia pengsan..
saya nak buat apa..??
huh...

"tapi saya yang nak naik pengsan..
sakit kaki bukan kepalang..
dia bleh lagi jalan2,
saya yang macam nak tumbang.."
(cheeeeeewah..pantun pulak.ngehngeh...)

spupu cakap kat saya yang dia memang kuat berjalan..
dia pon menyuarakan kepelikkan dia pada saya..
"akak pon pelik.."
"pelik sebab pening kepala pon still bleh jalan lama2?"saya menyampuk..
dia gelak.."ha ah..jalan masa pening, lain..pening lepas jalan, lain."
saya tak mampu kata pe lagi..
dah memang kuat berjalan tu nak buat macam mana..
"sakitnya kaki."saya menyuarakan ketidakpuashatian kaki saya..
"ye ker??"tanya dia cuak..
hahah.. sakit tu memang la sakit tapi jalan kena tetap jalan..nanti kena tinggal
tak per la.. dapat banyak moral..

moral:
~jika anda memang kuat berjalan..carilah member yang kuat berjalan.. chopp..bukan saya..(mungkin saya tak minat kot nak cari semua ni dengan teliti.sebab tu saya lemah semangat jer...kalau cari buku saya suka)

~orang nak nikah bukan nak tengok bunga purple yang mathcing..tapi nak perjalanan nikah tu berjalan dengan baik and penuh keberkatan..kami buang masa dari tengah hari lepas zohor sampai lah maghrib baru sampai umah..semua ni tak patut..dia sangat nak puaskan hati dia untuk dapat kan bunga purple, bakul yang cantik..semua tu kan hiasan jer..lepas nikah mesti kena buang bunga2 tu..aduh..tak mampu nak cakap per...nant kena bidas kang terus terdiam..

~tetapkan priority..kalau macam ni la gayanya.tak tau nak cakap per...

~briefly story and planning b4 go to shopping..
saya sangat la blur masa nak cari barang hantaran tu..sebab tak tau wana renda2 yang dia nak cari..kejap purple,kejap pink, kejap cream..*sebab dia dapat 3 tempahan..*

~ISLAM ITU MUDAH..TAPI JANGAN AMBIL MUDAH...!!!




Labels:

Thursday, November 19, 2009

usrah kita

Bismillah~
salam..

Isnin, 2009 November 16


Istilah Usrah : Perlukah ditukar ?

Ada seorang hamba Allah bertaraf pensyarah dari Malaysia datang ke Aceh. Setelah beliau berdiskusi begitu banyak tentang persatuan dan perjalanan tarbiyyah di sini dimana usrah kami isytiharkan sebagai program rasmi persatuan (PKPMI-CA) yang tidak perlu disembunyikan, satu saran beliau diberikan. Katanya, pelajar-pelajar belum kenal dan terlibat dengan usrah. Jadi kenapa tidak ditukar sahaja istilahnya kepada ‘Latihan Dalam Kumpulan (LDK)’ atau Study Group dan lain-lain. Saya ada beberapa tanggapan terhadap saran hamba Allah ini :



Pertama : Sebelum kita berbicara soal menukar nama usrah kepada nama lain, fahamkah kita apa makna usrah baik dari sudut bahasa mahupun istilah ( istilah dalam Gerakan Islam ) ? Usrah bermaksud keluarga di sudut bahasanya. Di situ terselit sebuah konsep yang menggambarkan bahawa wujudnya sikap kekeluargaan, kasih sayang, hormat menghormati, mengambil berat, siap mendengar dan berkongsi, duduk bersama dan segala macam perkara yang sinonim dengan sebuah keluarga. Namun, menukar istilahnya kepada istilah lain seperti LDK, Study Group dll tidak akan mampu untuk menyamakan istilah tersebut dengan pemaknaan makna usrah dan konsepnya. Kita tidak boleh menjiwai konsep usrah dengan menukar istilah lain.





Kedua : Saya bukan seorang yang static atau beku dalam memahami waqi’ sekitar. Saya bersetuju jika di kampus-kampus yang berbukan berorientasikan Islam, Persatuan Mahasiswa Islamnya menggunakan istilah LDK, Study Group dll diperingkat promosi. Namun, setelah mahasiswa ini berjaya dilibatkan, maka istilah usrah perlu dipakai dihadapan mereka. Jika tidak bagaimana kita mahu menjelaskan sejarahnya secara tepat. Kerana dalam sejarah Islam dan dakwah yang dibawa oleh Nabi s.a.w , istilah yang dipakai adalah usrah. Alasan kononnya penggunaan istilah lain ini bertujuan untuk menarik mad’u, agar tidak terlalu ke’Arab’an , hanyalah alasan semata-mata kerana penerimaan dakwah bukan tergantung sepenuhnya kepada istilah Arab atau tidak, yang jelas adalah sejauhmana cara kita menjadikan usrah sebagai bahan tarikan kepada mereka.





Ketiga : Jika kita memberi alasan penggunaan istilah yang agak ‘tidak terlalu Islamik’ bagi menggantikan istilah usrah dipakai kerana dibimbangi nantinya wujud suasana takut atau Islamphobia kepada gerakan Islam atau gerakan dakwah di kampus, sebenarnya kitalah penyubur Islamphobia. Kita bukan lagi di zaman Dr.Mahathir yang mahasiswa di kampus diperhatikan gerak-gerinya satu persatu sehingga perkataan usrah menjadi ancaman bagi pemerintah saat itu sebagaimana di Indonesia era regim Sukarno ( Orde Lama ) dan Suharto ( Orde Baru ) yang memusuhi gerakan dakwah di kampus. Jika saat ruang sudah agak terbuka pun kita masih bimbang dengan istilah Arab atau Islam, maka apatah lagi jika zaman tekanan dan penindasan kuat. Ketika Islam ditakuti ( Islamphobia ) , maka sewajarnya bagi para aktivis Islam lagi ‘meriah’ mewar-warkan dan menzahirkan Syiar-Syiar Islam tersebut, bukan malah sanggup menyorokkan identity Islam. Buktikan orang yang membawa imej-imej atau syiar-syiar Islam ini mereka yang baik.





Wallahua’lam.



Dicatat oleh Muhammad Fadhlullah di 15:14 0 ulasan

Labels:

Wednesday, November 18, 2009

watch out u there~~

Dengan Nama ALLAH

salam

article yang saya 'adopt' dari kak ipah ..


: Bismilahirahmanirrahim ::

peringatan kita bersama ...

Pelukis: Niezar
Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.
Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.
Namun, adakah amalan berkapel ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini?  Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…
Dalam komik saya ini, diselitkan sindiran mengenai tindakan pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka berkapel kononnya cara Islamic, tetai mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebgai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.
“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam”
Surah Al-Ankabut : 38
Kapel adalah sebahagian drp zina…
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”
Surah Al-Isra’ : 32
Kenapa kapel dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.
Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.
Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan kapel ni, kita tetap tdk dapat elakkan daripada zina hati. Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN kapel sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup. Sekian. . .
Originally write by :
~Nieyzar~
Rujukan :
Al-Quran
-Surah Al-Ankabut : 38
-Surah Al-Isra’ : 32

Labels:

kerja lab

Dengan Nama ALLAH

salam..
kerja pukul 8am-5pm..
nak kata penat....
tapi bila namanya kerja..
tak kan tak penat kot..

*key in data..
*label biji benih
*masuk dlm botol..
*susun dalam freezer..

tu kerja saya..
sikit jer..
tapi bleh juling mata..
tadi abg master datang borak..
"macam mana dapat rasa susahnya kerja"
"ha ah..penat ni"
"biasa la tu.."
saya pon bukak cita minah kilang saya tu..hehe

dapat jugak la borak2..
kalo tidak saya diam ajer..
fokus la katakan..
hehehh..
dila BSP jer yang kerja sekarang..
yang lain p trg..
lambat lagi la baliknya..
saya senyap jer ngan dila..coz dia pon senyap ngan saya..
dia lagi fokus..heeeee..

en haizan as sv ..
tegas ker?
seram jgk..
so, better saya diam jer la..

**saya mmg pendiam la..**



k la.. nak tdow..sok nak kerja lagi..
doakan saya kat cni..
saya harapkan doa seorang kawan yang insyaALLAH, DIA akan makbul..

kenapa??
sebab saya pernah kesempitan..
terlambat nak p terminal ..nak balik kg..
saya terus msg kawan2..
doakan perjalanan saya dipermudahkan..

alhamdulillah..saya sampai dengan selamat..
lebih awal dari adik saya..hehe
Rahmat ALLAH..
berkat doa kawan2 jgk..
so, saya percaya dengan doa seorang kawan dan sahabat..

ada orang cakap..
tak aci la mintak kawan doakan..
bia la kawan tu ikhlas sendiri nak doakan kita..
tak lah..
saya ingat..
Rasulullah jgk minta Umar doakan mereka (Rasulullah dah sahabat2)
jadi tak salah la kita minta kawan2, sahabat2 doakan kita..
InsyaALLAH..
tapi segalanya dengan Izin-Nya kan??
RAHMAT ALLAH..

WAALLAHUA'LAM


Labels:

kerja.kerja..dan kerja

Dengan Nama ALLAH

salam..
saya dah start keja semalam..
hari ni hari ke dua dah..
wah..
penat jugak kerja..
tapi tak sepenat kerja kilang elektronik dulu..
hari2 saya buat kerja sama.. macam robot dah..
sampai malam2 pon terasa tangan nak gerak buat pre-tape
*tugas saya selama 2 bulan kerja..hahaha..macam mana la tak jadi robot*
man-u-sia lay car (manusia leka)~~sapa ikut ISK tau la..heheh
OT sampai 11 malam..
kadang2 sampai umah pukul 1 am
bila pagi2 lpas subuh malas teramat sangat nak g kerja..
"kalo nak keja..keja betul2..jangan malas."tegur bonda saya bila saya merungut malas g keja..
~~thanks mom!!ngeeee
kuatkan jugak hati..bulatkan tekad..
kawan2 support..
ezi,ana,ida,mi,et al
~kenangan kerja kilang yang berharga..kadang2 rindu nak pergi kilang tu..
bila lalu kat situ mst ingat kerja..
makan sesama..
kena naik pejabat sebab berlaku kekeliruan..KWSP.hehehhh
bos panggil..nak bgitau pasal perancangn meningkatkan pengeluaran..
kena keja lebh masa la maknanya tu..
gaji kami dinaikkan..ngeeeeee..
boleh la.. duet dah abeh untk masuk GC..
even duet gaji ckit jer.. tapi rasa happy..
duet dah abeh,,tapi..pengalaman tersemat di hati..
dapt kenal ramai orang...
**tapi masa tu saya pon tak tau murabbi and mutarabbi tu per.
usrah pon tak kenal lagi..
heheh..~~


pengorbanan dan berkorban
bila malam odw balik umah..
penat tak osah cakap la..
ALLAH jer yang memahami..
 lebih2 lagi bila time ujan..
van kami tu usang..
bocor..
cane nak tidow?..haha..
kenangan yang indah sangat..
makcik2 kilang dah jadi geng kami..
seronok dapat kenal dorang..
kak yati, mok su, kak eton, mok dah, kak siti, sunjay et al.
~~rindu kalian..
kadang2 kepenatan tak terasa..
berborak dengan makcik2 sepanjang perjalanan
gelak ketawa..
cerita balik pe jadi sepanjang kerja..
ada yang kena tegur ngan bos..
kecut perut..
 macam2 la gelagat..pening kepala melayan..hehe

tapi...
yang paling penting ..~~

pengajaran bila dah kerja kilang n lab ni..
*bertapa banyaknya keringat abah keluar masa kerja..abah mesti lebih penat dari saya yang kerja dalam billik eventhough tak der air cond..saya dapat rasakan kepenatan yang abah rasai bila kerja di tempat panas.. bermandi peluh..pengorbanan yang amat sangt..
tapi abah tak pernah merungut..jadi kenapa saya nak merungut kalau saya susah kat GC ni..sedangkan abah dah banyak berkorban demi anak2*
*bagi adik2 belajar smart, kena kuat study..jangan mals2..angah dah rasa susahnya kerja kilang..
xusah la jadi minah kilang!!kalo kerja semntara boleh..*

**~saya tak bermaksud yang kerja kilang tu teruk.kerja tu tetap halal..tapi kerja ni bukan semua orang mampu..jadi saya salute sama makcik2 and kakak2 yang kerja kilang.cayalah korang..kuat cari rezeki...~~**

kalau kalian rasa tak nak rasa susah..kena lah "bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian.."
k?

p/s:
~angah, hargai pengorbanan abah yang kerja..
~love ur parents
~rajen2 study..hehehe

 


wassalam..~~

Labels:

Monday, November 16, 2009

saya mutarabbi....

Dengan Nama ALLAH
salam...
saya tertarik dengan penulisan ni :

Hari ini saya akan kongsikan sedikit pengisian yang kami terima pagi tadi dari Al-Fadil Ust Bustanul bertajuk ‘Tips Komunikasi Dengan Mad’u’. Saya akan gunakan istilah Murabbi juga ganti kepada istilah Naqib :






Apabila disebut Murabbi ( Guru ), maka lawannya adalah Mutarabbi ( orang yang dididik / murid ). Istilah Murabbi terdapat di dalam Al-Qur’an di dalam Surah Al-Imran : 79 yang bermaksud : …hendaklah kamu menjadi golongan Rabbaniyyin ( hanya mengabdikan diri kepada Allah – dengan ilmu dan amal yang sempurna )...





Tarbiyyah adalah perkara yang perlu dilaksanakan dan diikuti sepanjang hayat.





Murabbi bukan bertugas sebagai ‘pengajar’ semata-mata.
Tetapi seorang Murabbi mesti memiliki sekurang-kurangnya 4 kriteria iaitu :





Sebagai seorang ayah/ibu – dari sudut hubungan antara Murabbi dan mad’unya ( mutarabbi ) mestilah ada kedekatan sebagaimana seorang ayah dengan anaknya. Jika seorang anak bermasalah, maka ditanya masalahnya. Jika anaknya lewat pulang ke rumah, maka dicarinya. Maksudnya, murabbi mesti menjadi pendengar kepada mutarabbinya. Sifat sayang tidak boleh terpisah dari diri seorang Murabbi kepada anak-anaknya.




Sebagai seorang guru – dari sudut memahamkan mutarabbinya mengenai Islam. Beliau mengeluarkan anak-anaknya dari kejahilan. Beliau mesti dijadikan tempat rujukan. Maka, sewajarnya seorang Murabbi perlulah memahami keperluan ilmu dan pengetahuan yang banyak untuk dirinya berhadapan dengan mutarabbinya, apatah lagi jika ada dikalangan mereka yang lebih tua atau lebih alim darinya.





Sebagai seorang Qo’id ( pemimpin ) – dari sudut memberikan arahan atau tugasan. Maka, sifat qo’id yang ada padanya menyebabkan anak-anak buahnya boleh melaksanakan arahan, namun dengan penuh kerelaan tanpa terkesan merasakan dirinya dipaksa. Ini juga memerlukan kebijaksanaan dan teknik yang baik dalam memberikan arahan atau tugasan. Apatah lagi jika mereka baru di permulaan bersama gerakan dakwah. Jika sudah lama, maka arahan wajib dengan ketegasan.





Sebagai seorang Sheikh – dari sudut kesufian, ibadah, pembentukan rohani anak-anak ( mutarabbi ). Murabbi mesti menjadikannya dirinya benar-benar berakhlak, boleh dicontohi, urusan ibadahnya dengan Allah terjaga, jiwanya lembut dan baik. Inilah cirri-ciri seorang sheikh yang disegani. Jika ahli hanya menghormati kita dari sudut ilmu, namun memperlekehkan kita dari sudut sifat sheikh yang tidak ada, maka ini bakal mengundang sikap hilang hormat kepada Murabbi.





Namun, dari 4 perkara ini, tidak mungkin kita mampu memiliki kesemuanya. Namun, jangan sampai sifat yang kedua iaitu sebagai ‘Ustaz / Guru ‘ tidak ada. Kekurangan ilmu dan pengetahuan dikalangan Murabbi sangatlah merbahaya. Timbul kebosanan dikalangan ahli bila berhadapan dengan Murabbi yang sering tidak mampu memberi penjelasan dan pandangan dengan baik.





Apa yang kita mahukan dari Mutarabbi / Mad’u ?





Terlalu banyak yang kita mahukan. Antaranya inginkan mereka benar-benar memahami Islam dan lebih dari itu mengetahui tanggungjawab pada Islam dan bekerja sebagai aktivis Islam. Namun, ada satu hal yang perlu kita fahami juga daripada apa yang kita mahukan dari mad’u iaitu :




Mad’u yang taat – perlu diingat bahawa kita mengadakan usrah / halaqah bukan untuk menjadikan dia sebagai orang alim sahaja. Jika anak buah datang usrah sekadar untuk belajar, maka berkemungkinan dia akan menjadi lebih alim dari kita selepas itu. Maka, tidak mustahil alimnya itu boleh menimbulkan hilangnya taat dan penghormatan kepada Murabbinya. Baginya, semua yang disampaikan dalam usrah adalah perkara yang sudah dia ketahui. Maka, untuk apa lagi datang ke usrah ? Ini adalah masalah besar yang bakal berlaku.





Maka, tanamkan dalam diri kita membentuk mad’u untuk menjadi orang yang taat, penuh kesetiaan pada jama’ah dan pimpinan, menghormati sesiapa sahaja. Bukan sekadar datang untuk belajar di dalam usrah. Jika dia memiliki ‘taat’ , maka diajak mengikuti apa program, apa aktiviti sekalipun, dia siap dan sedia.





Jika yang membimbingnya itu lebih rendah darinya, maka dia siap akur, terima, taat dan hormat. Contohnya, seorang Murabbi yang berstatus ‘guru sekolah’ mempunyai ahli usrah yang berstatus ‘pensyarah universiti’.





Dia menjadikan kita qo’id (pimpinannya ) – inilah antara yang kita harapkan dari mad’u kita. Maka, qoid mestilah menjadi penunjuk jalan kepada ahli dalam pelbagai hal. Setiap jalan yang ditunjuk, mestilah jalan-jalan yang sudah ditempuhi oleh seorang Murabbi, bukan sebaliknya.





Jika kita memberi arahan, dia bersedia menerimanya dalam erti kata, siap dipimpin dan siap memimpin’. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Jangan ada sikap hanya mahu memimpin dan tidak bersedia dipimpin !.


Beberapa Permasalahan:

Ada beberapa masalah dalam soal komunikasi antara Murabbi dan mad’u.
Antaranya adalah :



SMS – jangan jadikan SMS sebagai alat untuk memberi sesuatu kefahaman apatah lagi kefahaman tentang Islam. SMS adalah ‘sistem pesanan ringkas’. Maka, sifatnya hanya sebatas alat menyampaikan informasi, bukan alat memberi kefahaman sesuatu hal. Contoh, kita menghantar SMS memaklumkan program, jam, tempat, pengkuliah dan lain-lain, maka itu tidak menjadi masalah.





Banyak masalah timbul dari kesalahan penggunaan SMS. Antaranya, bahasa dalam SMS yang ringkas kadang-kadang difahami dengan pelbagai pemikiran. Boleh jadi, kita mahukan kecepatan. Lalu, ditulis ringkas. Akhirnya, ada bahasa-bahasa kita yang dianggap oleh mad’u sebagai bahasa menyindir dan lain-lain. Padahal bukan itu yang kita maksudkan.


Maka, selain dari SMS, amalkanlah budaya menelefon, menziarahi, makan minum bersama untuk bertanya khabar.





Minta izin – sering terjadi kesalahan dikalangan kita baik pimpinan sesama pimpinan atau mad’u dan murabbi. Contohnya, program bermula jam 9 pagi. Kita menghantar SMS meminta izin kerana tidak dapat masuk ke program tersebut. Namun, SMS itu dihantar pada jam 9 juga. Ini bukan minta izin ! Izin mesti diminta beberapa waktu sebelum jam 9. Bagaimana Murabbi atau pimpinan ingin memberikan keizinan jika memang pukul 9 itu kita sudah tidak hadir. Jika jam 9 baru dihantar SMS, itu bukan mohon izin. Itu adalah informasi. Tidak hadir pertemuan yang telah disepakati bersama, sebenarnya adalah sebuah dosa. Apatah lagi, pertemuan membincangkan urusan Islam.





Allah s.wt berfirman : sesungguhnya orang-orang yang beriman yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan apabila mereka turut bersama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan mereka berhimpun ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang yang minta izin kepadaMu ( Muhammad ) itulah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Maka apabila mereka meminta izin kepadamu menjalankan urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki antara mereka dan mintalah ampun pada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Alllah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih. ( Surah An-Nur : 62 )





Inti ayat : Bila ada pertemuan yang sudah disepakati bersama, wajib hadir. Jika mahu keluar atau tidak datang dengan keperluan mendesak, wajib minta izin. Pimpinan berhak memberi izin kepada orang-orang yang dirasakan keperluannya sangat penting. Namun, perlu mohon ampun kepada Allah untuk mereka atas kegagalan mereka bersama dalam pertemuan tersebut.









Dicatat oleh Muhammad Fadhlullah di 16:12 0 ulasan

~dipetik dari blog

Labels: