Sunday, October 18, 2009

how far can u go??

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang...



gambar yang sebelah ni saya dan kawan saya ambik masa kami  on the way balik kolej lepas pergi ziarah anak-anak rose kami di ladang. ambik data untuk tau progress dorang. masa tu saya terkejut bila tgok kawan saya excited tahap tak tau nak ckap la.. dia sanggup pusing motor nak kejar sunset tu.. hopefully dapat la snap gamba sunset tu dengan lebih jelas lagi.. tapi sayang...makin kami nak dekat dan berharap dapat tengok sunset dapan mata kami, semua nya punah... adus...makin kami dekat, makin kami tak nampak..
masyaALLAH sunset tu buat kami terpesona seketika.. rasa nak menangis pun ada juga..betapa cantiknya.. tak boleh digambar..


semakin dekat, semakin terasa jauh....
ya!
masalah yang sama yang kita hadapi bagi yang pernah mengalami..
pernah tak rasa bila makin kita nak kenal ALLAH, makin susah kita nak ingat Dia.. makin banyak pulak halangan tu..makin berat terasa beban di hati.. betapa susah nak ingat Dia dalam hati??..
saya masih teringat..ntah la either saya ni  sensitive terlajak tau pun hati lembut umpama kapas..ahaks..
setiap kali saya nak study, setiap kali tu saya akan menangis..
masalh emosi agaknya.. kurang garam mineral dalam badan kot..
tapi itula hakikatnya..saya pun tak pasti..isk..isk..terganggu betul
teringat masa  usrah bersama dengan kak ipah, naqib saya dan kak e'in..kak e'in ada cakap yang dalam perjalanan nak study tu, smua mahukan redha ALLAH.. tapi berapa ramai yang berjaya mengekalkan niat 'keredhaan ALLAH' itu yang utama..
manala kita nak tau yang dalam perjalanan nak mnecapai kejayaan tu ader jugak tersingkap rasa nak dapat cemerlang.. nant dapt keja senang..dapatla buah bangga 2 3 ketul.. nauzzubillah..
makin nak dibetulkan niat makin susah.. terpesong jugak kadang2.. kena mujahadah yang kuat wahai pembaca sekalian... tak mudah...dan tak susah.. sebab Allah akan bantu siapa yang nak baiki nasib hidup dia...
ada satu lagu yang 'tally' dengan apa yang saya katakan diatas..tapi dah lupa.. ngehngeh..

KAGUM...dengan RAHMAT ALLAH
ya!!kagum..seorang kawan .. mahfuzah affendi..



dia masih belum dan insyaAALH akan menjadi angkatan akhwat dalam jalan dakwah suatu hari nanti.. INSYAALLAH.. ALLAH yang memegang hati dia.. sama 2 berdoa ALLAH lembutkan hati dia..
setiap kali berjumpa mahfuzah, hati saya nak sangat dia bersatu bersama2 kita berjuang dalam jalan dakwah.. (bukan mahfuzah seorang.. kalo boleh nak smua kawan seangkatan join da crew!! ya!! jalan dakwah)
ya!! jalan dakwah bukan untuk orang yang manja..saya tahu.. tapi semua tu boleh berubah bila dah tau apa itu tanggungjawab dakwah!! beban dakwah yang sememangnya setiap muslim perlu tanggung...
DON'T ya EVER SAY NO!!
kenapa saya kagum dengan mahfuzah..
dia seorang yang easy gooing...tak banyak yang saya boleh ceritakn.. tapi ada satu yang buat saya terfikir...  ketulusan dalam menuntut ilmu



ya ALLAH..ANDAI ADA SESUATU YANG KAU BERIKAN KEPADA HAMBAMU YANG LAIN TAPI TIDAK KAU BERIKAN PADA KU,CUKUPKAN LAH JUGA IA PADAKU.."


Friday, October 16, 2009

pesanan ibn al-Qayyim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
menurut ibn qayyim dalam kitab zad al-Ma'ad yang boleh dijadikan nasihat yang baik dalam hdup kita..
menurut beliau, musibah boleh diringankan dengan mengikut cara2 di bawah:
  1. mengikut petunjuk ALLAH dan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya.
  2. mencari ilmu yang syar'ie. tidak memadai hanya dengan membaca internet. hendaklah mendampingi orang alim yang dapat membimbing
  3. bertaubat dari dosa , mempersembahkan diri dengan sebenar2nya kepada ALLAH
  4. Mengamalkan zikir secara berterusan dalam apa jua keadaan. kesan zikir amat menakjubkan dan dapat menghilangkan rasa ketakutan dan menjadi tenteram.
  5. Berbuat baik kepada semua makhluk yang natijahnya akan menyebabkan hati menjadi tenteram dan tenang. Dada menjadi lapang.
  6. bermujahadah selalu untuk mengikis karat-karat negatif dalam hati kita
  7. Jangan berlebihan dalam sesuatu perkara seperti memandang, berbicara, makan, minum, dan bergaul. jadi ini akan menyebabkan hati seseorang menjadi tenang dan dapat menikmati hati yang lapang serta jauh dari kesempitan dada.
  8. Menyibukkan diri dengan majlis2 ilmu dan aktiviti yang bermanfaat
  9. Memikirkan tentang pencapaian hari ini tanpa menyusahkan diri dengan peristiwa2 sedih yang berlaku pada masa lampau atau kebimbangan pada masa yang akan datang.
  10. meliht orang2 yang kurang bernasib baik dalam hal2 kewangan , kesihatan dan rezeki.
  11. melihat ujian sebagai objektif bagaimana untuk menyelesaikannya.
  12. kuatkan semangat agar tidak di kuasai oleh angan2 dan khayalan yang timbl daripada pemikran yang buruk.
  13. menyerahkan setiap urusan kepada ALLAH. berbaik sangka atas ketetapan Qada' dan QadarNya.
  14. orang berakal tahu bahawa kehidupan orang yang beriman sebenarnya terletak kepada kebahagian dan ketenangan.
  15. apabila ditimpa kesusahan, hendaklah dia memikirkan kenikmatan yang pernah dirasainya sebelum ini. barula meyedari bahawa betapa banyaknya nikmat yang telah dinikmati selama ini.
  16.  kalau seseorang menyakitinya dengan sesuatu cara hendaklah dia meyakini bahawa kejahatannya itu tidak akan memudharatkan sama sekali melainkan dengan izin ALLAH. kemudharatan itu hanya akan memudharatkan yang empunya dirinya sahaja
  17. hendaklah mengharapkan balasan daripada ALLAH dalam segala gerak kerja yang dilakukan.bukannya megharapkan daripada manusia kerana jika mengharapkan kepada manusia semata2 kita akan rasa tidak dihargai.
  18. memikirkan tentang perkara yan memberikan manfaat, dan berusaha merealisaikannya bukan terlalu banyak memikir perkara negatif yang boleh mengekang daripada berjaya.
  19. memberi sepenuh fokus kepada apa yang sedag dilakukan sehingga membuahkan hasil yang paling maksimum.
  20. hendaklah menghargai nikmat persaudaraan, perkahwinan, dan persahabatn. janganlah dicari2 kelemahan pihak yang lain, nanti kita akan kecewa. jangan terlalu perfectionist dan jangan sibuk menhitung aib orang lain.
Wallahua'lam...

jom baiki kelemahan secara istiqamah  hingga berjaya!!!...

dipetik daaaaaaaaariiiiiiiiiii:
http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/saudaraku-allah-bersamamu-sentiasa.html

Saturday, October 10, 2009

Pmeran canting


Brakhr sbuah pjuangan didunia

Friday, October 9, 2009

projek akhir

Dengan nama Allah yang  Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

se 'nano' zarah hingga ke macro makhluk

salam..
dah nak masuk sem 6..banyak manis pahit yang dilalui..ada yang ingin dilupakan, ada yang nak keep dalam hati sampai bila-bila... sayangnya nak tinggalkan green kampus.. kampus tarbiyah...

ya!! bersyukur sangat atas nikmat yang tidak semua mendapatkannya..
ALLAH,ghoyatuna (tujuan kami) !!!! (sorakan kuat masa daurah yang disampaikan akhi yusuf..thanks bro)

masyaALLAH...

projek tahun akhir...
1)soil fertility ~effect of nutrient composition in Ganoderma infected oil palm
2) soil fertility~characterization of pineapple lef biochar
3)plant growth regulator ~ growth and flowering responses of selcted Dendrobium orchids to several hormones

hope dapat menghadapi projek ni dengan baik, pembahagian masa dan insyaALLAH dapat menyempurnakannya sebaik mungkin ...........
"Agak-agak mana satu la yang kamu dpat ngah?"




sejenak di kuliah fiqh

Bismillah, dengan nama Allah..

 P.xanadu
assalamualaikum...
kuliah fiqh bersama ustazah pabiyah dan akhwat muslimat lain yang akan menyebabkan saya sentiasa rindu....
sebelum ni banyak juga kekangan untuk saya attend kelas ni disebabkan kelas dan kemalasan yang tak dapat dielakkan kan kerana bond sangat kuat.tapi sekarang tidak lagi.. gunalha ubat tarbiyah yang amat berkesan ini... tak boleh dibeli dimana-mana tetapi anda akan  mendapatkannya secara percuma jika anda gigih dan tekun mencari...
hari ni saya masuk lambat ke kuliah fiqh dalam 20 minit lambat.. dan banyak juga pengisian daripada ustazah telah meninggalkan saya.. tapi tak da lah rasa rugi sebab itulah yang ALLAH dah tetapkan. saya bawakan  bersama ahli seangkatan dengan saya ke kuliah fiqh.. Alhamdulillah.. Allah yang memgang hatinya dan melembutkan hati beliau untuk bersama-sama mendengar kuliah fiqh...siti norafidah mahusin..

cerita cinta

saya cinta...anda????
heheh...
hari ni ustazah mengulas bab adab yang pasti semua orang sudah maklum mnegenai adab..
adab di jaln raya, adab makan, adab minum, adab tidur, msuk tandas,adab bercakap, adab bergurau..and soooooooooooooooo onnnnnnn...
banyakkan...
ustazah pabiyah seorang pensyarah di green campus...bahasa arab bahasa syurga...
'hari ni kita bercerita bab adab la sikit, boleh ke campur-campur?" beliau mengajukan soalan kepada kami begitu sebab sebelumnya beliau mengulas bab TAQWA...masyaALLAH...
"Rasulullah diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.masayarakat arab dahulu sudah memiliki akhlak yang baik spt memuliakan tetamu, mematuhu janji..dan tak kurang dengan perangai jahiliyah."

akhlak boleh dikaitkan dengan adab adalah kerana akhlak yang baik akan ditonjolkan kepada perbuatan..



salam
perkara biasa tu...salam jer pon..
"assalamualaikum...atok-atok"....
Rasulullah menyuruh kita memberi salam dengan lebih baik...
jika si pemberi salam "assalamualaikum."
maka si penjawab salam perlulah menjawab dengan lebih baik iaitu, "waa'laikummuassalam warahmatullah hi wabarakatuh." ..barulah adil...

memberi salam adalah sunat yang amat di galakkan..dan menjawab salam adalah sunat..

"wahai manusia berilah salam"

Abdullah bin umar bercerita, " ada seorang lelaki bertanyakan Rasulullah menegenai amalan apakan yang lebih baik di dalm islam". Maka Baginda menjawab, " berillah makan kepada orang dan memberi salam kepada orang yang kita kenal ataupun tidak kenal"..

sesungguhnya salam dapat menghubungkan silaturahim..


di akhir kuliah, ada perbincangan mengenai saudara seagama kita di selatan Thai..pergolakan yang memusnahkan..............

pos seterusnya..

Labels:

mendaftar kursus di green campus






assalamualaikum..


hari ni saya mendaftar kursus untuk sem depan.dah sem 6 dah.. sayang nak tinggalkan Green Campus. teringat saya mula-mula daftar dulu masa asem 1..kelam kabut di buatnya..


boleh pulak semalam saya namapak sorang india menanges..mungkin sebab tak dapat nak key in subjek tu yang dia terharu sangat tu.. tak kesah lah tu..


tapi masa petang tu saya dengar IKIM, ader satu sajak yang menyentap jiwa saya...



"kita menangis kerana jauhnya ibubapa dari dakapan.."


"kita menangis kerana marahnya kita pada manusia"..itu antara bait-bait yang dapat saya ingt..


"tetapi mereka menangis kerana marahnya kepada musuh yangmengambil tanah mereka."


"menagisnya mereka kerana berpisah dengan ahli keluarga selama-lamanya"


"menangisnya mereka kerana tidak dapat mengecapi syahid di dalam jihad"


 
........masyaALLAh.. tersedar saya...


apa yang kita ratapi tidak sebesar tanggungan yang mereka hadapi..


kita masih tak mampu memikul apa yang mereka mampu.. mereka memng kuat..


bagaimana agaknya jika kita di tempat mereka..


ohhhhhh.. rakyat malaysia yang selesa..


ohhhhhh..rakyat malaysia yang lupa..


rakyat malaysia masih lagi lemah





pelajaran agama dipandang remeh.. tiada nilai comercial??


tapi disisi ALLAh nilai ilmu amat tinggi... saya tidak perlu mengelirukan diri saya dengan mengatakan saya tidak memahami apa yang berlaku..

hati kita ALLAH yang pegang..
ini sudah cukup jelas..


umat islam sendiri menolak untuk belajar mengenai agamanya sendiri..


mereka tidak memahami??

betul ker?






Sunday, October 4, 2009

ilmu falak syarie

dengan nama Allah
assalamualaikum..
semalam dah terkena impak dari perbincangan bicara Ad-din di radio IKIM.. terasa semangat nak kembalikan kegemilangan ilmu falak a.k.a astronomi..
perbincangan yang singkat, tapi banyak input berguna.. ustaz hanafiah yang bersahaja dan ustaz zamri , kedua-duanya pelajar di KUSZA dalam bidang mencerap bulan, bintang...
mula-mula takut gak bila dengar ilmu falak.. sebab tak tau apa yang dimaksudkan.. rupa-rupanya ilmu falak tu ilmu yang berkaitan dengan langit.. berkaitan ufuk2..sesuatu yang tidak jelas/nyata jalannya sebab ufuknya berbeza..dasat2..
ustz hanafiah berjenaka..
."kenapalah susah2 belajar ilmu yang tak jelas jalannya, kalo dia nak jalan, jalan jelah.."..tertawa juga saya...
tapi ada betulnya..saya pon terfikir perkara yang sama..
kata beliau,
kita berada di bumi.. kehidupan kita bergantung dengan langit. Lauh Mahfuz, penentuan rezeki, penghidupan kita.. matahari dan bintang.. jika tanpa mereka.. maka sunyi la alam ini.. tiada lagi seri.. kenapa?? kerana melalui meraka makhluk ciptaan Dialah yang akan membantu kita menyempurnaankan amal ibadah khusus... solat, puasa, haji..kalo ilmu ini tidak dikaji, makanya..kita tak tau bila nak puasa.. anak bulat pon tak nak lahir sebab belum waktunya.....ilmu falak la..kalo ilmu ini tidak dititik beratkan,nampaknya tak berayalah kita...solat, kalo tak dak matahari, nak tau macam mana pukul bape nak solat subuh.. takot juga nanti ada yang solat subuh masa matahari tengah tegak naik..penentuan arah kiblat juga berpandukan matahari... pentingnya arah kiblat menentukan solat kita diterima/ tidak..hujan/perubahan monsoon, perubahan cuaca dunia semuanya ada 'indicator' yang Allah sediakan di langit





tapi masalahnya disini, orang islam sendiri menidakkan ilmu falak, dan ilmu ini 'hampir pupus'..yang diagungkan adalah astronomi dan astro 'macam-macam ada'...
kenapa kita tidak menghargai ilmu yang sememangnya hebat pada masa dahulu..tapi sekarang semakin sirna..sedangkan penemuan ilmu ini adalah rahmat Allah kepada umat islam.. umat islam tak mau mengkaji.. malas nak amek tau.. kalo tersilap arah kiblat pon, tidak diendahkannya..semua dianggap remeh dan membiarkan 'mat yang tak saleh' buat..sapa yang rugi?? renung-renungkan lah..

anda tau apa itu "nautical almanac?"
berasal daripada term arab.."al-munakh" iaitu cuaca..saya kagum dengan ilmuan islam terdahulu.

kelahiran tokoh2 ilmu falak:
merujuk kepada surah al-Maidah:54..cuba bukak...
ya!! ALLAH dah cakap, kalau kita tak beriman ALLAH akan gantikan kita dengan satu kaum yang lebih baik dari kita..hmmmmmmmm..cana tu??

masa terdengar wahyu yang dibacakan oleh Rasulullah, semua sahabat shock..
mntak penjelasan dari Rasulullah.
sebenarnya, ayat tu dituju khas kepada seorang sahbat bernama Abu Musa Al-Ashaari..
yang sebenarnya, dari keturunan beliau ada satu kaum yang kana naikkan islam. ya!!
lahirla Abu Hasan Al-Ashaari...iaitu selepas 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah..ketika itu, islam sedang gemilang.
 Al imam Al-Bakhtani..anak murid kepada Abu hasan al-Ashaari
lahir Al-khawarizmi dalam bidang longarithm

ramai lagi la... ibn batutah yang dapat kelilingi dunia dengan ilmu falak.. kaji bintang..

tak ketinggalan...orang melayu kita...
sometimes we forgot to appreciate our own people rite..
as-sheikh ahmad bin khatib yang popular di mesir..
As-Sheik Usaman Jalaluddiin yang mengatakan belajar longarithm itu mudah..tapi kita hari ini?? disediakan buku sifir 4 angka oleh british pon masih lagi merasa susah???
As-sheikh tahir Jalaluddin penyediaan al-manac sebab british tipu Rivision Observation(sempadan negeri)
Al-marhum Ust Khair Tollib jual Nautical manac kpd london untuk betulkan Greenwish..

tak terasa kagum ker dengan agama sendiri??
yang sememangnya kita masih belum melakukan secara ALL OUT!

"ilmu tetap mulia di sisi Allah sama ada ia comercial atau pon tidak"