Thursday, December 31, 2009

Dengan Nama ALLAH..

salam..
nak rehat jap..
blog ni akan jadi hiasan..
macam mana nak wat blog..journal tak baca..
FYP should be done...aku nak grad!!

Labels:

Thursday, December 24, 2009

blur nya seorang aku~~

 Dengan Nama ALLAH..

salam...

tengah dengar alunan Asma' ALLAH ..sami yusuf..
baru di donload..
entah la.. nak kata tak der keja..tak adil ..
sebab kerja tu ada..dan kita kena cari kerja..
entah la..sepanjang cuti ni apa khidmat yang aku dah sumbang pada diri, agama aku?

semalam~ 23 hb ;
~p library dengan semangt yang berkobar..nak cari journal..dan apa yang aku takuti terjadi kerana journal hilang ntah ke mana..pembacaan blog2 ikhwah dan akhwat menjadi tatapan..adus..tak gerak lagi kerja aku..(mujahadah lepas ada kemudahan..si itam ni)
~g jas cafe makan k tiow kungfu..ngan akak..(alhamdulillah..sedap le K.T.K)..pastu sembang2 perihal prob dan apa2 lagi..

yang tak der di otak ini dan yang penting..blur!..:

~persediaan hari akhir..
~rancangan untuk sem depan

~mantapkan bacaan.
~korek cari journal pasal biochar
~Pembacaan proposal yang masih samar2 dan penuh ke'blur'an

bertapa aku tak tahu apa yang perlu di buat..
ye..aku sedar ler..banyak jer masa terbuang begitu sahaja..
ntah brapa lama lagi masa yang tersisa buat ku ..
memang aku blur..~~
tak dinafikan..
blur dengan diri sendiri..(malas+mengantuk+otak tak ligat dah bersawang)
blur dengan apa yang nak kena buat
blur..blur..macam lemas dalam tasik sebelah P7..
Airnya bertakung, tasik buatan..
sedangkan ikan2 tilapia masih lagi terus berenang..


ini bukanlah ikan tilapia yang aku maksud kan..oleh sebab ia berwarna merah..aku letak aje

meneruskan kitaran hidup..
obey pada ALLAH..
tanpa banyak songeh..
tanpa perlu mem' blur' kan diri mereka..
berenang dengan suka hati..

manusia..
aku ni yang dipanggil manusia kerana berciri kan manusia..
punya akal yang membezakan dengan hewan2 yang melata..
tapi kenapa aku tak gunanya se maxima mungkin..
otak kosong penuh sawang dan ke'tingtong'an..

aku pon tak pasti la..
orang lain sume bz buat kerja..
ada jer keja..
aku yang malas tak keruan..

punca ketara yang dikenal pasti..:
 malas..

maka betullah formula yang moshe dayan si lanun cakap pasal umat islam...




ARGHHHHHHHHHHH!!!!


aku pon tak pasti dimana kesudahan blurnya seorang aku..

"YA ALLAH, bantu la aku ..tunjukkan aku jalan yang benar..yakni jalan yang kau berikan Rahmat kepada mereka yang kau kehendaki.."

amin..

p/s: aminkan beramai2

Labels:

apa yang aku buat?

Dengan Nama ALLAH..

salam..

apalah malang nasib diri..

tiada kekuatan

tahu..tapi..tak lari jauh2..

bia je syaitan hasut dan nafsu terus menggoda..

apalah nasib mu duhai diri..

bulatkan tekad..

teruskan berjuang..

sesungguhnya jihad yang paling hebat adalah jihad melawan nafsu..

smoga ALLAH membantu dirimu duhai diri

Labels:

nafsu itu 3 ranking

 Dengan Nama ALLAH


salam..


saya berlindung Dengan Nama ALLAH dari syaitan yang terlaknat..semoga kita tak terjebak dengan sayaitan yang pengakhirannya hanya di neraka..
mengekang nafsu..~~


malulah pada ALLAH yang melimpahkan Rahmat-Nya pada kita dari dulu, kini dan selamanya..insyaALLAH


tahukah anda??
ini bukan trivia..~~


nafsu terbahagi kepada 3..
yakni.


1~nafsu ammarah...
"argh..nak dating la .."kata si pulan sambil me'sms' makwernyer..
dan makwerner.."ok yang.."
 "jom wat maksiat.."kata si pulan
"jom."sahut si pulan yang lain
"bosan..jom cuci mata tengok awek lalu lalang,  jom.."
ada remaja pompuan kita yang menjadikan menonton filem p#%@o sebagai hobi..


nauzzubillah..


tanpa berfikir panjang si pulan yang lain terus mengiyakan ajakan si pulan berkenaan. tanpa memikirkan akibat dari perbuatan..
(bahaya sungguh)
ini boleh terjadi apabila hati sudah lama tidak di polish dengan pengilat iman..ya..memang yang sukar diperoleh..terdapat di kedai tarbiyah and unlimited..spa2 nak boleh la dapat kan..cari la disume outlet, pasti akan dibantu mendapatkan polish berkenaan..Dengan Izin ALLAH jualah segalanya berlaku..
bagi yang tak dapatkannya..pasti payah la jugak nak kekang ni.
En nafs ammarah ni memang kuat ler jadinyer..
Ammarah ~mulanya saya ingat ianya adalah perasaan marah dalam diri.



.tapi sebenarnya, nafsu ini adalah nafs yang paling kuat dan berpengaruh sekali yang menyesatkan kita dari jaln yang sebenarnya..(jalan ALLAH, Sibghah ALLAH)
percaya atau tidak..jika ia mnguasai diri..
segalanya yang buruk akan terturuti...tiada masa untuk imbal balik dan melihat natijah disebaliknya..


p/s: semak la diri aduhai diri..


2~ nafsu lawwamah

lepas kuar toilet...
"eh2 ada makanan..lapa ni.."monolog la si diri
"amek dulu la makanan ni, nanti baru bayar..kalo lupa, mintak halal yer tuan makanan (si penjual jua hamba ALLAH, yang telah di anugerahkan rezeki dan idea untuk menjualkan roti di tepi water cooler..) .?"bermonolog la si diri dengan kotak makanan yang menmpatkan makanan yang dijual di tepi water cooler dengan harapan si kotak akan myampaikan msg ringkas lagi padat berkenaan kepada tuan empunya makanan nanti..
"ish...mana la boleh buat macam tu, aku tengah study ..silap2 tuan empunya makanan tak halal cana?jadi darah daging..study pon tak berkat.."kata si diri menasihati diri yang hampir lupa diri. sambil meletakkan kembalii makanan, si diri kembali ke bilik untuk ambk duit..makanan jadi halal..~insyaALLAH..


insyaALLAH..manusia biasa macam kita tak lekang dari nafs ini..
nafsu yang dikategorikan dalam rank yang kedua..
tarik menarik antara iman dan nafsu bermain di sini..
dimana..50:50
jika tika itu, anda masih waras dan kewarasan iman anda melebihi ke 'tingtong 'an anda, maka anda terselamat..
ranking ini kan menyebabkan anda mengambil masa untuk mengimbal balik dan evaluate apa natijahnya..dosa dan pahala...
insyaALLAH..


p/s: sama 2 menghakimi diri sebelum terlambat di pengadilan akhirat




3 ~ nafsu mutmainnah..

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU"
(89: 27-30)


~~ALLAH menjemputmu duhai jiwa yang tenang..maka apa lagi..majulah!! (buat diriku..di mana kamu??)









 tingkat ini adalah yang tertinggi..ianya nafsu yang mengarah semuanya kepada kebaikan...
bagi yang merasai dirinya berada di tingkat kedua, maka usaha yang jitu dan mujahadah amatlah perlu bagi mngecapi tingkat nafs yang terpuji ini..
 
buat para anbiya, sahabiah, tabi' tabien, mujahid mujahidah..berbahagialah kalian..
Rahmatilah mereka YA ALLAH~~

Labels: , ,

Wednesday, December 23, 2009

berlama2..

 Dengan Nama ALLAH..

salam..

semenjak 2 menjak ni asek ngadap jer si itam ni..
nak isi hari dengan pembcaan..
nak gerak kemana2..tak dak kekuatan..
masih lagi blur yang teramat..
insyaALLAH..aku kena lebih agressive!!+perancangan yang lebih baik!!
blog2 ikhwah dan akhwat ku lawat..
alhamdulillah..~
penulisan yang bagus beserta amal yang mantop..
semestinya menjadi harapan..
meberi semangat

"duk sajo, dosa.."~petikan dari buku ustaz dzul khairi


memang benar kan..
aku ingat ag..
"bosan la abuya.."
"banyak sanagt ke amal sampai dah bosan dengan hidup ni?" jawab abuya salah seorang sahabat..

masyaALLAH..bukan bliau je yang tersantap..
saya yang terdengar pon terdiam..

adakah???


Labels: ,

fwd email

APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM - TOLONG BACA












Assalamualaikum wbt







Renung2kanlah,



'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama

dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya

untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau

bilau... Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes

murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan

bercinta, ikut boyfriend.



Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi

sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan s

ayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling

kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak

tahu menahu. Atau pun selemah-lemahnya, berdoa agar

kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada

fitnah akhir zaman yang paling besar ini..



Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari

ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini

Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan

orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada

kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik

dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu

mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas

alasan keluar dari Islam.



Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan

mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang

disentuh adalah murtad... Menurutnya sehingga Julai

1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998

saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes

pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul

tetapi ditutup oleh pihak tertentu.



Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh

saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita

rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada

kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat

rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang

kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan

dan kehakiman kita sendiri.



Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut :-



1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh

menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas

anak orang Islam untuk dimurtadkan?



Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun

didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997

anak dia sedang dimurtadkan di rumah.



Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan

ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia

takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar

hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi

ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan pelajaran

ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia

dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya

juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia

juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa,

surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat,

semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun

dia hafal .... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam.

Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu

kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia

budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung

dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik

pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun

macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon

bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari

terakhir dia telefon 19 Nov 1997,



'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap.

Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'



Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macam

mana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu

yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa

yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.

Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum

menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen

mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan

kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk

dimurtadkan ..



Butir asal permohonan.... .....



Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong

seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes

bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk

membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah.

Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa

didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah

bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan.

Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal

kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6,

bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya

Kuala Lumpur bahagian jenayah.



Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah

dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya

berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada

Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat

sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan

agama Islam.'



Perenggan 23 : 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur

Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya.

Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa

saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah

menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.



Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara

Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak

mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita

yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.

Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan

itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara'

dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan

terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah

acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak

lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi..... semua

tak termasuk.



Article 4 pula menyatakan : 'Mana-mana

undang-undang yang bertentangan yang bercanggah

dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah.

Ini termasuklah hukum syara'.







Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.



Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam

lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir

laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang

dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang

ke rumah dalam keadaan Hindu.



Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau

lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja.

Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.

Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya

dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan

itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar

bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan

boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia

pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si

kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..



Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu

tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun

turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah

kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.



Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya

dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak

cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report

bapak dia pukul boyfriend dia... 14 hari Haji

Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok

dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang

mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup

dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati

seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak

sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya

dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin

kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.



Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul

Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis

semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang

yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak

saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi

suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang

begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam

keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji

Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu

saja, 4 tuduhan.



Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.

Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan

hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.



Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin

Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang

isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay

kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk

Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.

Isterinya kata "eh!" Yusof bawa anaknya sekali masuk

Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia

hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si

minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL

dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat,

dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.



Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil

balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL

mintak hak jaga anak.. Mahkamah tinggi bagi pada si

minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat

nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis

buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat

hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).

Yusof masuk lokap 8 hari.



Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya.

Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup

dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak

mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang

dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi

pada Yusof.



Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari

Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan

sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri

dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret

anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada

makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.



Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau

seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan

kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Di bawah Perlembagaan Persekutuan,

hak seorang anak tertakluk di bawah jagaan

ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak

tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa

Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun.. dia tak sah

peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia

simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun

kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia

buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan

agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu;

wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar

keputusan.. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun.

Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal

dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini..'

Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan

Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah

seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena

buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab

melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2

tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa

bayar.



Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara

Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya

usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali

kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari

Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu

bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara

kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi

mempertahankan agama.



Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak

Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia

Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu

dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu..

Inilah pertama kali.



Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada

Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar

agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar

kata, 'Allah hu Ahad'... Terus Yasir kena pancung di

padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula

dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu

Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan

akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid

berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak

Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada

kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.



Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung

kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya

juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam

Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah

saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa

anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti

Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang

saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah,

seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada

ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti

sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga

mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan

darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada

dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit

Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata

melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang

berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan

hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh

mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan

Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis

agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya

kembali ke agama asalnya.



Dalam satu hadis yang berbentuk

futuristik (masa depan), Rasulullah SAW

berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan

amalan soleh kerana akan datang kepada

umatku di suatu masa, satu fitnah yang

begitu besar yang datangnya seperti satu

kepingan hitam di malam gelap gelita tak

nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah

fitnah besar itu ya Rasullullah?'

'Fitnah itu adalah kamu akan lihat

umatku di hari itu, di waktu itu, pada

masa itu, pagi hari Islam, petang kafir.

Petang Islam, pagi kafir balik.'

Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu

ya Rasullullah?' Rasullullah SAW

menjawab, "Sebab dia jual agamanya

dengan nilai dunia"..



Imam Ghazali pernah berkata dalam

perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad

ini dalam keadaan seperti semut hitam di

atas batu hitam di malam gelap.' Mana

nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok

satu perkara dengan cahaya keimanan.



Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia

sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok

sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu

dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya.

Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah

menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam

bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).



Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita

tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu.

Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi.

Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang

hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar...

Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu

Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam.

Belum kira yang kat rumah lagi.



Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi.

Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam

pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir.

Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada

ditulis dengan emas di London.

Dia berkata : 'Kepada semua pemimpim-pemimpin

Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar,

kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang,

bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka.

Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera

mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap

menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana

nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu,

hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan

peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang

Islam.'



Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492,

kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu

tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka

tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam

Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam

Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam

Mindanao.. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya

satu demi satu..



Macamana benda ni boleh terjadi?



Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,

GOAL, GLORY. Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita,

ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah,

Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu

bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan

makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis

Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan

ajaran Kristian.



Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?



Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua

mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna

kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk

penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi

kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu

tapi sebenarnya tapai... maksudnya, dia kekalkan orang

Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan

kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah

SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah

yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu

hitam di malam gelita tu.



Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia,

macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian.

Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang

mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh

George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada

mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita,

berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti

ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan

meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh

agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan

terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap

ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan

sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya,

bukan bersikap kalam.. Dinamik dan etikal, bukan bersifat

formalistik.



Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya.

Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi

menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri

terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi

laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus

bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses

penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu

seluruhnya.



Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi,

justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan

yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati..

Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang

Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi

untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni

sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab

lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak

kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara

menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara

mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari

ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain

adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil

tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling

lemah sekali, dengan hati.



Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua

diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun,

fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang

tak tahu menahu tu. Kita kena peka.. Ini semua

tanggung jawab kita semua.



Akhir sekali,

email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak

berkempen politik atau apa saja.. Sekadar meniupkan

semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku

Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama

Islam sebelum terlambat.



#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email

ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai

orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar

dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita

yang telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana

dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak

rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui

hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya

dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul..



Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat

melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.

Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita

lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Labels:

idea tingtong ku~


Dengan Nama ALLAH



Assalamualaikum wbt



Mungkin anda tertanya2 mengapa saya begitu excited dan ‘membuang masa’ disini dengan menghantar kepada anda surat semuka ini.Tiada apa.. Cuma mau mengisi masa yang lapang.. Maaf andai mengganggu anda yang sedang mentalaah. Saya hanya hamba ALLAH yang lemah seperti juga anda..Cuma kita berbeza di satu/2 /lebih perkara..saya mohon kepada Tuhan yang Tiada Sekutu bagi-Nya bagi perasaan2 ujub,riak, sombong. Sesungguhnya itu semua adalah selendang ALLAH, dan celakalah bagi saya yang ingin menumpang sifat yang tidak layak bagi saya sebagai Hamba-Nya..semoga ALLAH sentiasa membantu saya seperti mana Dia telah membantu pemuda Badar, dan muslim di perang Khandak.



Jangan marah saya



Mungkin ini bukan surat terakhir saya..Dan saya akan tetap kirimkan kepada anda. Saya pasti anda akan merinduinya nanti.



Baiklah..



Pernahkah anda terfikir mengapa saya menghabiskan duit untuk mempotostate semua yang telah saya sediakan kepada anda ini semenjak cuti sem lepas (2009)?tiada lain Cuma inilah tugas (cara saya) yang telah saya pikul sejak saya mengenali Syahadah..waallahua’lam, jadi jangan marah saya..



.............



Di kesempatan yang sedikit ini..bagaimana anda? Harapnya lebih baik dari semalam.harapan itu juga buat saya.



Kata ALI R.A, “celakalah bagi yang hari ini lebih buruk dari semalam.”



Saya ingin mengenali anda..tapi saya tak tahu bagaimana caranya. Agak sukar bagi saya mau mulakan. Bagaimana ya?..end..



Adakah anda tahu..??



**~Kasih sayang juga boeh ditonjolkan dengan memberi nasihat yang baik buat kawan atau sahabat kita..~jadi sebarkanlah nasihat..



Free time: lawat la blog saya.smoga bermanfaat..andai ada apa2 hanta la email~~



Apa yang saya coretkan adalah ilham dari ALLAH jua..Segala Puji bagi-Mu ya ALLAH.









Wassalam..cont..












.............................













Dengan Nama ALLAH..



Tahun baru islam dah lepas beberapa hari..dan dah sampai tahun baru masihi..2010.Tahniah bagi anda yang telah berjaya menggenapkan umur. Makin lama, makin tua..hehehe..Tak lama sebenarnya..Sukar kita nak gambarkan yer..bagaimana ALLAH memelihara kita daripada sebesar mata pensel hingga kini kita dah besar panjang sekarang..Boleh la refer surat 1st yang saya kirim..(jika masih disimpan..baca la lirik tu) . Jauh perjalanan..jauh sekali..dan kenangla jasa ibu anda yang bertuah melahirkan anda, dan anda juga amat bertuah kerana memiliki seorang ibu yang hatinya begitu cekal..Alhamdulillah, kita sihat tubuh badan dan mental yang ALLAH telah beri.Tinggal dinegara yang aman..tak der perang secara zahirnya...Dan nikmat yang paling besar adalah..



Jeng..jeng..



Islam..iman dan ihsanSeperti yang telah ALLAH rakam..



“Kamu (umat islam)adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia....”



Q:Ali imran,3:110



masyaALLAH kita ini umat terbaik..percaya tak? Kerana kitalah umat Muhammad.Yang menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar..



*SMS:



“Takutkan ALLAH tidak sama dengan takutkan manusia..kata ulama, sesiapa yang takut kepada ALLAH, akan berlari menuju kepada-Nya. Sesiapa yang takut ppada makhluk akan melarikan diri daripadanya.”



~sms yang telah dibalas oleh seorang ustaz selepas saya bertanya..:



“salam.ustaz, maaf menganggu.saya nak minta nasihat dari ustaz. Dalam kita cinta dan harap pada ALLAH, mestila dituruti dengan rasa takut pada ALLAH. Bagaimana caranya kita mahu rasa takut pada ALLAH sedangkan kita tahu yang ALLAH menyayangi hamba-Nya?”















**Memang benar.mana ada hamba yang takut pada azab-Nya akan lari meninggalkan ALLAH..sedangkan azab itu juga disediakan kepada hamba yang lupa akan Dia,lalai dalam kehidupan, lupa tanggungjawab (beribadah kepada-Nya dan khalifah yang mentadbir bumi..)









Al-Baqarah: 30 “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “ Aku hendak menjadikan Khalifah(manusia) di bumi.” Mereka berkata , “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana , sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh aku menegtahui apa yang tidak kamu ketahui.”



&



Allah swt berfirman Yang bermaksud : “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri (beribadah) kepada-Ku.” (Al-Adz-Zariyat : 56)



Waallahua’lam..



















































.........................................










Dengan Nama ALLAH



Assalamualaikum..



Saya lagi ni..la taghdob..!saya takkan ambil masa yang lama untuk menghantar surat ini..dan anda juga tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membaca tulisan dalam surat ini.



Tengah study ker? Amacam? Tough tak kos sem ni? InsyaALLAH ,saya doakan semuanya ok









Pernah tak kadang2 kita rasa penatnya study?andai soalan itu untuk saya..saya akan jawab ya..dan ini terjadi bila keputusan exam tak seberapa..



Sebenarnya, dekan atau tidak dekannya kita adalah berdasarkan usaha kita..



Tahukah anda setiap apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat. Sesungguhnya ALLAH itu Al-Baasit (Maha Pelapang Hidup) dan..



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....”



QS (Al-Baqarah, 2:286)



See...ALLAH sayang kita kan?



Berusahalah anda...psttttt...malaikat sedang mencatit segala kebaikan anda..insyaALLAH
































































































masyaALLAH..inilah idea saya yang tercurah semalam selepas saya bungkam..nothing to do..
saya bayangkan yang saya akan menghantar surat2 dari bilik ke bilik setiap mggu untuk floormate saya..ntah la..saya terasa ini idea yang tak seberapa yang akan menyebabkan saya menjerat diri..adakah begitu?
tujuan saya adalah membawa mereka mgenal dan memahami siapa diri kita sebenar dan kenal siapa Tuhan kita?
semalam pun saya dah bayangkan yang saya diseret ke mahkamah green campus kerana telah mnyalahi undang2..
dan tadi i ask one sister.. she said.."jangan buat, nanti payah awak.."
jadi saya kuburkan lah



waallahua'lam















Labels:

terkubur

 Dengan Nama ALLAH

salam..
saya punya satu kerja untuk di buat..tapi kan..
terkubur..atas dasar keselamatan diri..dan saya akan post jer dalam blog ni..
saya harap saya tidak tersalah jejak..
dan harap insyaALLAH, Dia luruskan jejak saya

mungkin saya perlukan sesuatu yang lebih baik untuk saya jalan kan kerja yang tak selesai ni

perubahan..tanpa perubahan..nothing will change..

"dalam hidup ni ada kerja susah yang lebih susah iaitu berubah.."ustaz hasrizal mhi

Labels:

terjebak ?

 Dengan Nama ALLAH
salam


tgah hari tadi, sorang akhwat msg..
akhwat D: dayah, i ve problem.lapa plak ni :(
hidayah: jom makan (tanpa bertanya apalah masalah yang telah hinggap)
akhwat D: katne? mehla kat akak
hidayah: akak lak kat ne (tanpa menjawab persoalan)
akhwat D: kat bilik siswazah eco 2 ni. nak nanges pon ye ni
hidayah D: jap le nak kemas..
akhwat D : k


so saya p la kat tempat yang berkenaan..
 hidayah : "akak kenapa?"sambil berjabat tangan..
akhwat D: kemudiaanya menceritakan apa yang telah terjadi..
saya masih ingat semalam beliau menelefon saya dan bercerita mengenai moto yang bakal dibeli nant. dah bayar deposit 1000.
masalah : nama sudah di black list dek penangan l****p***e..so tak dapat la nak keluar kan moto yang berkenaan..$5000++ nilai yang perlu dibayar


apa yang boleh saya tolong? sedangkan saya tidak tahu menahu pasal apa kerja l****p***e yang sebenar..

nak tanya AKPK ..bla..bla..to many procedure before we get the caunseling. and i think dat the problem will solve b4 we meet the caunselor..time wil erase everything~~

perkara dah jadi..jadi kan iktibar..jangn terjebak dengan perkara yang tak pasti..l****p***e..banyak menipu dari membantu..
cik operator, len kali cakap  la omputeh kalo dah teror sangat cakap omputeh..

p/s :bagi siapa yang punya nasihat..boleh la usulkan

kami blur sudah

Labels:

Tuesday, December 22, 2009

t e r u j a

 Dengan Nama ALLAH
salam

jika anda seorang yang teruja..macam saya..
kadang terover excited..
(maap la bagi yang tak berkenan..)
saya teruja dengan sejarah sejak pertama kali di induced dalam prog ISK yang saya telah war-war kan ..

pertama kali melihat graph ni..
aku bungkam..
tak paham..
apa ke benda la nak ajar2 graph lak..
dinamakan sbg graph gunung kinabalu..

disebalik nama ada lagi penceritaan yang menarik..
membuat anda yang teruja menjadi lebih teruja..
dari awal hingga akhir..
tak akan anda berganjak dari tempat anda nanti..

waktu ISK akan dimaklukan semula..kerana..
saya bukan p.i.c.

sekian~~


Labels:

semangat menanti

 Dengan Nama ALLAH


salam


sedap menghirup nescafe yang di beri oleh seorang kenalan (tak beli yer..dah ada, minum ajer)


tetiba teringat nak post ni..
.........
semangat ler aku duk promote..
next sem will be the bziest sem for me..hopefully..insyaALLAH
nak penuhkan masa seadanya untuk kerja yang banyak tertangguh..segalanya mau ku susun kembali..
~fyp mnyusul..(insyaALLAH hanya bekerja dalam lab jah .nak wat sehabis baik without mengabaikan usrah dan prog2)
~program2 yang telah lama aku tunggu..
~nak mantapkan pembacaan ilmiah..
~peruntukkan masa yang ada untuk muhasabah diri yang masih dibuai mimpi..
~cari siapa yang 'terpilih'


kak ipah's said, ISK a.k.a Ini Sejarah Kita akan bermula kembali sem depan..
dan program2 lain..
insyaALLAH..~~
aku dah promote tuk kawan2 aku.
semoga ALLAH permudahkan..
semoga ALLAH menetapkan hati mereka untuk ikut prog tu..
yang banyak myedarkan aku..
hidup bukan untuk sia2..
untuk tidur lena dan melangut tanpa apa2.


tapi ada jer yang ragu2..
biasa la tu
ha ah..manalah tau ISK tu ajran sesat yang direka2..
hati2...kerna ini adalah salah satu daripada 7 panahan syaitan.
anak panahnye tak nampak..apalagi busurnya..
tapi inilah..
kesannya ketara..
kenapa tidak..
seberapa ramai yang takut dengan jemaah yang bergerak dari rumah kerumah..
tak ada tauliah masakan mau ajak kemana2..
"ini mesti gerakan sesat.."
dan seberapa ramai yang takut untuk membaca al-Quran dan memahaminya?
"takut la nak memaham sendiri, nant salah tafsir sesat aku.."

p/s: kita memang kena hati2
sampai bila?






"Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca al-Quran, mohonlah perlindungan kepada ALLAH dari setan yang terkutuk.." QS 16:98



"Dan barang siapa berpaling dari  pengajaran ALLAH yang Maha Pengasih (Al-Quran),Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.." QS 43:36


dalam ayat Quran, surah An-Nahl..
ALLAH sudah nyatakan guidelinenya..
berlindunglah dengan ALLAH~
dan lagi dasyat jika kita meninggalkan Al-Quran dibelakang..
anda tau kan?


janganlah takut untuk pelajari agama sendiri..
siapa lagi yang bisa mengkaji agamanya yang mulia melainkan muslim itu sendiri
am i rite?
aku pon masih lagi mencari..
insyaALLAH kita dijalan yang benar..




waallahua'lam..




semoga ALLAH meluruskan jalan kita..



memberkahi setiap perjalanan kita menuju Dia



semoga mati kita sebagai syuhada' dan islam mendapat kemenangan yang pasti





jalan yang jauh perlu ditempuh
















Labels: